Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ngat] | ڤيڠت

Definisi : bintang yg dikurniakan oleh kerajaan (sultan dll) utk menghormati jasa seseorang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ngat] | ڤيڠت

Definisi : 1 logam tipis yg biasanya berbentuk spt duit syiling dan berpita yg dihadiahkan kpd pemenang sesuatu peraduan, perlumbaan dsb; medal. 2 medal yg dikurniakan oleh kerajaan kpd sesorang utk menghargai atau menghormati jasanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pingat (kata nama)
Bersinonim dengan bintang, medal, anugerah, kurniaan, darjah.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tersemat1 sudah disematkan; telah dicantumkan dgn semat: Pingat-pingat kebesaran ~ di dadanya. 2 ki terlekat dlm ingatan dll; teringat; terasa: Tiada sesiapa yg tahu akan apa yg ~ di hatinya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
semat1 sudah disematkan; telah dicantumkan dgn semat: Pingat-pingat kebesaran ~ di dadanya.Kamus Pelajar
tersemat1 sudah disematkan; telah dicantumkan dgn semat: Pingat-pingat kebesaran ~ di dadanya.Kamus Pelajar
menyematkan1. mencantumkan (dua benda) dgn semat: sematkan tiap-tiap keping kertas tebal itu pd satu bongkah kayu; 2. me-letakkan dgn semat: Seri Paduka Baginda telah ~ pingat-pingat itu ke dada mereka; 3. mencucukkan sesuatu sbg semat: lilitkan benang ini pd kepala dan hujung peniti yg disematkan menegak; 4. ki menyertakan, melampirkan: bersama surat ini disematkan sekeping cek utk ayahanda;Kamus Dewan Edisi Keempat
medali IIB 1. tanda jasa (penghargaan, peng­hormatan) yg dibuat drpd logam, pingat; 2. pingat yg mempunyai gambar orang soleh(Roman Katolik).Kamus Dewan Edisi Keempat
PPNkep Pingat Pangkuan Negara (pingat ke­sateriaan yg dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong).Kamus Dewan Edisi Keempat
sematbenda (spt jarum peniti dll) yg digunakan utk mencucuk dua benda yg hendak dicantumkan. menyemat melekatkan (mencantumkan dsb) se­suatu dgn semat: Ibu sedang ~ atap. Dia ~ bajunya dgn kerongsang emas. me­nyematkan 1 melekatkan sesuatu sbg semat (spt pingat) pd: Baginda sendiri telah ~ pingat itu ke dadanya. 2 menggunakan (menjadikan) se­sua­tu sbg semat: Mereka ~ lidi utk mengukuhkan bungkusan itu. tersemat 1 sudah disematkan; telah dicantumkan dgn semat: Pingat-pingat kebesaran ~ di dadanya. 2 ki terlekat dlm ingatan dll; teringat; terasa: Tiada sesiapa yg tahu akan apa yg ~ di hatinya. penyemat benda-benda yg digunakan utk me­nyemat: jarum ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sematbenda (jarum peniti, peniti cantil, dll) yg digunakan utk mencucuk dua benda yg hendak dicantumkan; menyemat mencantumkan dua benda dgn semat, menusukkan semat (supaya bercantum dll): ibu sedang ~ atap; menyematkan 1. mencantumkan (dua benda) dgn semat: sematkan tiap-tiap keping kertas tebal itu pd satu bongkah kayu; 2. me-letakkan dgn semat: Seri Paduka Baginda telah ~ pingat-pingat itu ke dada mereka; 3. mencucukkan sesuatu sbg semat: lilitkan benang ini pd kepala dan hujung peniti yg disematkan menegak; 4. ki menyertakan, melampirkan: bersama surat ini disematkan sekeping cek utk ayahanda; tersemat 1. telah disemat atau disematkan, telah tercantum: di dadanya ~ sebuah pingat yg menjadi kebanggaannya; 2. ki terletak, terpateri (dlm hati, ingatan, dll), terasa: tidak seorang pun antara kawan-kawannya yg mengetahui apa yg ~ di hatinya itu; sematan 1. sesuatu yg disemat atau disemat-kan; 2. lampiran, tambahan (yg disertakan); penyematan perihal menyemat atau me-nyematkan; penyemat alat utk menyemat: jarum ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pingat1 logam tipis yg biasanya berbentuk spt duit syiling dan berpita yg dihadiahkan kpd pemenang sesuatu peraduan, perlumbaan dsb; medal. 2 medal yg dikurniakan oleh kerajaan kpd sesorang utk menghargai atau menghormati jasanya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pingatbintang yg dikurniakan oleh kerajaan (sultan dll) utk menghormati jasa seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
1234567

Kembali ke atas