selonggok pinggan atau setimbun pinggan ( beberapa keping pinggan yang tersusun) | Longgok bermaksud himpunan atau timbunan. Oleh itu, selonggok pinggan sama maksudnya dengan setimbun pinggan. | Tatabahasa | 01.02.2012 |
Di dalam pinggan / dalam pinggan? | Puan, Jawapan yang tepat ialah dalam pinggan. | Tatabahasa | 13.10.2011 |
boleh tak kalau guna sobek untuk pinggan | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sobék bermaksud koyak (pakaian dll), cabik, carik, robek: kemejanya telah ~; tidak sesuai digunakan untuk pinggan. Untuk pinggan, lebih tepat digunakan perkataan pecah atau retak. | Istilah | 07.10.2009 |
menyenduk nasi ke dalam pinggan atau menyenduk nasi ke atas pinggan | Menyenduk nasi ke dalam pinggan. | Tatabahasa | 10.04.2017 |
Selamat sejahtera, a)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? b)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? (yang mana satu betul) | Ayat yang betul ialah "Zali mengisi makanan di dalam pinggan." | Lain-lain | 31.01.2024 |
Selamat sejahtera,Zali mengisi makanananan di dalam pinggan atau di dalam bekas makanan? b)Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan? (yang mana satu betul) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah “Zali mengisi makanan di dalam pinggan atau bekas makanan?” | Tatabahasa | 06.02.2024 |
bagaimana hendak terjemahkan 'tableware' dalam bahasa? saya semak dalam laman DBP, diterjemahkan kepada 'pinggan mangkuk meja'. mengapa kena ada 'meja'? sila berikan nasihat. terima kasih. | Untuk makluman, dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan untuk tableware ialah pinggan mangkuk meja. Dalam kamus yang sama juga terdapat contoh tableware made of china yang padanan bahasa Melayunya ialah pinggan mangkuk tembikar. Oleh itu, kedua-dua istilah, iaitu pinggan mangkuk meja dan pinggan mangkuk boleh digunakan. | Istilah | 18.05.2012 |
Sarah mencuci pinggan di dalam singki, betul atau salah ? Jika salah mengapa? | Ayat ini betul. | Tatabahasa | 25.05.2014 |
Sarah mencuci pinggan yang kotor di singki. Ayat ini betul atau salah dari segi tatabahasanya. Jika salah, mengapa? | Ayat ini juga betul. | Tatabahasa | 21.05.2014 |
basuh pinggan dengan cermat ATAU basuh pinggan dengan hati-hati? Terima kasih. | Cermat dan berhati-hati, kedua-duanya membawa maksud yang hamper sama, iaitu melakukan sesuatu dengan penuh perhatian atau teliti. Kedua-dua kata tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 13.11.2014 |