Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Tali Pinggang Berjalur BatikTiadaDewan Pelajar1 July 1981
Tali Pinggang Kaledar AutomatikZahidi Zainol RashidDewan Pelajar1 September 1979
Tali Pinggang MakrameHajjah Nazli AbbasDewan Pelajar1 February 1978
Si Pinggang RampingNoriffah Hidayati IbrahimDewan Siswa1 August 2007
Sakit pinggang: boleh baik dengan bersenam yogaTiadaDewan Masyarakat15 April 1982
Penyakit Buah PinggangSiti Balkis BudinDewan Masyarakat1 May 2008
Pesakit Buah PinggangTiadaDewan Masyarakat1 April 2008
Pending, hiasan pinggang tradisi lamaNur Aishah IsmailMassa4 November 1995
Mesin buah pinggangN. Z. AbidinDewan Siswa1 October 1984
Keajaiban buah pinggangZaiton NasirDewan Siswa1 June 1996
12

Kembali ke atas