Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
peruwo[p«.Äu.w]kata kerja1. melonggarkan sesuatu seperti tali pinggang, kain sarung dan lain-lain supaya tidak terlalu ketat.Kenye sangak ni, peruwo lah sikik tali pingge.[k«.øE sA.NA/ ni p«.Äu.w lAh si.ki/ tA.li piN.gE]Kenyang sangat ni, longgarkanlah sikit tali pinggang.
cokek[tS.kE)/]kata kerjamenusuk dengan jari pada bahagian badan (pinggang) yang membuatkan seseorang itu ketawa atau melatah secara tiba-tiba.Diyo suko bena cokek ambo, sebak nok tengok ambo latoh.[di.j su.k b«.nA tS.kE)/ Am.b s«.bA/ n/ t«.N/ Am.b lA.th]Dia suka sangat menusuk pinggang saya, sebab nak tengok saya melatah.
kilah[ki.lAh]kata kerjamengikat kain pelikat dengan cara menggulung di pinggang.Kilah kaeng tu molek sikik, lamo ke jatoh, malu mung.[ki.lAh kAeN tu m:.lE/ si.ki/ lA.m kE dZA.toh mA.lu muN]Ikat kain tu elok-elok sikit, kalau jatuh, malu kamu.

Kembali ke atas