Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
encok(bkn tangan, kaki, pinggang dsb) tegang, kaku dan sengal sehingga menimbulkan keadaan tidak selesaKamus Dewan Perdana
endomorfsso yg berbadan gemuk, berleher besar, pinggang yg lebih besar drp bahu dan mempunyai banyak lemakKamus Dewan Perdana
epiduralubat bius yg disuntikkan pd bahagian bawah tulang belakang supaya pesakit tidak berasa sakit dr paras pinggang ke bawah semasa pembedahanKamus Dewan Perdana
eklampsiakeadaan yg dicirikan dgn kekejangan pd wanita hamil akibat tekanan darah tinggi, yg melibatkan kerosakan awal pd buah pinggang sehingga menyebabkan adanya protein dlm air kencing dan edemaKamus Dewan Perdana
mengelonmelipat (satu bahagian kain baju kurung) sebanyak beberapa lapis, dan kemudian diikatkan sama ada di kiri atau di kanan pinggangKamus Dewan Perdana

Kembali ke atas