Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tali perot[tA.li p«.Äot] tali pinggang yang diperbuat daripada kain untuk mengikat kain kurung Johor.Ikat kaen tu tak payah pakai tali perot, tali pinggang kan ade.[i.kAt kAen tu tA/ pA.jAh pA.kAj tA.li p«.Äot tA.li piN.gAN Ikat kain itu tidak payah guna tali yang diperbuat daripada kain, tali pinggang kan ada.
elon[e.lon]kata namasusunan sama lebar (bagi kain kurung Johor), kira-kira sepelempap untuk tiga atau empat susun dan diikat di tepi pinggang.Buat elon kaen tu biar betol-betol, kang teburai pulak.[bu.wAt e.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kAN t«.bu.ÄAj pu.lA/]Buat elon kain itu biarlah cermat, nanti terburai pula.
mengelon[m«.Ne.lon]kata kerjamenyusun sama lebar lipatan kain kurung Johor dengan kemas, sama ada dikumpulkan di sebelah kiri atau kanan kemudian diikat dengan tali pinggang atau ‘tali perut’.Mengelon kaen tu biya betol-betol karang beranak.[m«.Ne.lon kAen tu bi.jA b«.tol.b«.tol kA.ÄAN b«.ÄA.nA/]Mengikat kain itu biar betul-betul, nanti beranak.

Kembali ke atas