Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
galau[gA.lAw]kata adjektifberkenaan bentuk pinggang yang lurus tidak kira orang kurus atau gemuk.Pinggang kau ni galau, tak cantek pakai kebaye. Pakai aje le baju kurong.]Pinggang engkau ini lurus, tidak cantik pakai baju kebaya pakai sahajalah baju kurung.
pisau sorong[pi.sAw so.ÄoN] sejenis pisau menoreh pokok getah yang matanya di sebelah atas dan digunakan secara menolak dari pangkal ke hujung carang (bekas torehan).Carang tengah paras pinggang sedap le pakai pisau sorong.[tSA.ÄAN t«.NAh pA.ÄAs piN.gAN s«.dAp l« pA.kAj pi.sAw so.ÄoN]Bekas torehan berada pada aras pinggang, sesuailah pakai pisau sorong
pesak gantong[pe.sA/ gAn.toN] pesak yang dijahit terus dari ketiak baju, bersambung di bahagian atas sedikit daripada pinggang, khususnya untuk baju kurung.Badan aku ni gempal, baju kurong aku tu kau pasang pesak gantong aje.[bA.dAn A.ku ni g«m.pAl bA.dZu ku.ÄoN A.ku tu kAw pA.sAN pe.sA/ gAn.toN A.dZ«]Badan aku ni gempal, baju kurung aku tu kau pasang pesak gantunglah.
pesak daon buloh[pe.sA/ dAon bu.loh] pesak yang dijahit terus dari ketiak baju, bersambung dengan bahagian pinggang, khususnya untuk baju kebaya.Baju kebaye aku ni jangan lupe buat pesak daon buloh.[bA.dZu k«.bA.j« A.ku ni dZA.NAn lu.p« bu.wAt pe.sA/ dAon bu.loh]Baju kebaya aku ni jangan lupa buat pesak daun buluh.

Kembali ke atas