Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
juboq[dZu.b)Ö]kata namabahagian belakang badan antara pinggang dengan pangkal paha.   
pungkoq[puN.ko)Ö]kata nama1. bahagian belakang badan antara pinggang dengan pangkal pahaCekgu besaq pukoi dia kat pungkoq dengan rotan sepuloh kali.[tSE.gu b«.sA)Ö pu.koj di.jA kAt puN.ko)Ö d«.NAn Òo.tAn s«.pu.loh kA.li]Guru besar memukulnya di punggung dengan rotan sepuluh kali.
   2. berkenaan dengan kesan yang panjang pada badan, betis, punggung akibat dipukul dengan sesuatu seperti rotan, tali pinggang dan lain-lain; bebalok.Dia kena pukoi dengan ekoq pari sampai baloq.[di.jA k«.nA pu.koj d«.NAn E.ko)Ö pA.Òi sAm.pAj bA.l)Ö]Dia kena pukul dengan ekor pari sampai berkesan.
bebaloq[b«.bA.l))Ö]kata adjektifberkenaan dengan kesan yang panjang pada badan, betis, punggung akibat dipukul dengan sesuatu seperti rotan, tali pinggang dan lain-lain; balok.Mak tiri tibai dia sampai bebaloq tengah belakang.[mA ti.Òi ti.bAj di.jA sAm.pAj b«.bA.l))Ö t«.NAh b«.lA.kAN]Mak tirinya memukul hingga berkesan di bahagian belakang badannya.

Kembali ke atas