Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Tali Pinggang RantaiMohamed Ayob YasinBerita Harian11.04.2009
Tali pinggang keledarSyed Ismail Syed AhmadThe Star10.04.1979
Tali pinggang keledar dan syarat2 yang dibawanyaAhmad BoestamamMingguan Malaysia15.04.1979
Hutang Keliling PinggangMaha SabahUtusan Borneo12.05.2008
Hutang sekeliling pinggangA. Samad IdrisMingguan Malaysia26.03.1989
Musuh Keliling PinggangSabar BohariWatan16.05.1979
Seronoknya peluk pinggang gadisAhmad MahmudWatan22.09.1981
Ahmad Mahmud derita buah pinggangFaizal SaharuniKosmo11.04.2007
Ahmad Mahmud derita sakit buah pinggangRozdan MazalanBerita Harian17.04.2007
Tunku berlepas ke England untuk rawatan sengal pinggangTiadaBerita Harian06.09.1984
12

Kembali ke atas