Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
bahan yang mengakibatkan badan berbau. Sel kelenjar ini biasanya terdapat di bahagian ketiak, genitalia dan perineum. (UBAT) apocrita (apokrita) Serangga dalam order Hymenoptera seperti lebah, penyengat dan semut yang mempunyai pinggang abdomen di antara bahagian toraks dengan abdomen. (BIO) apocyte (aposit) Sel berbilang nukleus seperti pada hifa kulat Ascomycetes dan Basidiomyce- tes. (BIO) apodeme (apodem) Unjuran berangka dalam yang terdapat pada gangguan pada uretra yang bukan disebabkan seba - rang jangkitan. Antara gejalanya termasuklah kesakitan dan kekejangan supra- pubis, kekerapan pengeluaran kencing dan sakit pundi kencing seperti disuria, tenesmus urinari dan sakit pinggang. (UBAT) urinary bladder (pundi urinari/pundi kencing) Pundi membran berbentuk ovoid atau piriform yang terletak di dasar pelvis yang menjadi tempat menampung air kencing sebelum disalurkan melalui ure- tra. Sinonim

Kembali ke atas