Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Pinggang rampin bagai ketiding.Perempuan gemuk yang besar pinggangnya. ketiding = bakul besar tempat beras dan sebagainya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkain tak cukup sebelit pinggang.Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang.Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang.Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain basah kering di pinggang.Sangat miskin.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Utang (hutang) sebelit (selilit) pinggang.Sangat banyak hutangnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyisip keris tak bersarung di pinggang.Memelihara anak tanpa memberi ilmu pengetahuan akhirnya menyusahkan ibu bapanya juga.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang.Orang miskin yang harus bekerja setiap masa. (Peribahasa lain yang sama makna: Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menunduk kepala menghadap raja, bertentang muka menghadap kawan, bercekak pinggang menghadap musuh.Melakukan sesuatu haruslah menurut tempat dan keadaannya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Utang (hutang) tiap helai bulu.Sangat banyak hutangnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Utang [hutang] sebelit [selilit] pinggang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas