Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan antara rusuk dgn pinggul; ~ bukit (gunung) Mn lereng bukit atau gunung (kawasan bukit antara puncak dgn kaki); bercekak (berkerak, bertolak) ~ berpegang pd pinggang dgn kedua-dua belah tangan; buah ~ ginjal, kerinjal; hutang sekeliling (selilit) ~ terlalu banyak hutang; ikat ~ = tali ~ pengikat kain atau seluar, sabuk; sakit ~ sakit pd ba­hagian pinggang; ~ ramping bagai ketiding prb ejekan kpd perempuan yg gemuk dan besar pinggangnya; (tinggal) sehelai se~ prb habis hartanya kerana kecurian atau kerugian dlm perniagaan dll; berpinggang mempunyai pinggang; tidak ~ bp terlalu gemuk; peminggang bahagian tengah-tengah pera­hu, lambung perahu; dayung ~ dayung di bahagian tengah-tengah perahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gang] | ڤيڠݢڠ

Definisi : bahagian badan di antara tulang rusuk dgn pinggul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggang

Puisi
 

Baju hitam kancingnya tujuh,
     Berikat kain di pinggang;
Kalau tuan berhati sungguh,
     Boleh ikut kami dari belakang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Berkain tak cukup sebelit pinggang.

Bermaksud :

Kemiskinan yang amat sangat. (Biasa juga: Berkain tiga hasta).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dropped skirtskirt pinggang rendahKesenianTiada1. Skirt yang bergaris pinggang di bawah garis pinggang asal.,2. Istilah jahitan yang digunakan pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, untuk skirt yang dibuat berasingan daripada lapis dalam tetapi kedua-duanya dicantum pada kelim pinggang.
martingale belttali pinggang martingalKesenianTiadaTali pinggang separa yang dipakai pada bahagian belakang pinggang pakaian, boleh di bawah atau di atas garis pinggang.
waist dartlisu pinggangKesenianTiadaLisu pemadan yang dibuat dari garis pinggang ke mercu dada pakaian bahagian hadapan dan garis pinggang ke belikat, bertujuan untuk menampakkan kerampingan pinggang.
pinggang kananpinggang kananKerisTiadaBahagian sisipan keris bagi orang Melayu, iaitu keris yang diberikan sebagai hadiah.
pinggang kiripinggang kiriKerisTiadaBahagian sisipan keris bagi orang Jawa iaitu keris yang diberi oleh bapa mentua semasa perkahwinan.
half belttali pinggang separaKesenianTiadaTali pinggang yang tidak menutupi seluruh pinggang. Biasanya dipakai pada bahagian belakang sahaja.
faced waistbandlapik ban pinggangKesenianTiadaPinggang yang dikemaskan dengan lapik untuk garis pinggang berbentuk.
belttali pinggangPentadbiran PerniagaanTiada1. Tali pinggang: Tali atau pita daripada kulit dan bahan-bahan lain yang dipakai di keliling pinggang untuk mengikat pakaian.
belt loopgelung tali pinggangSosiologiTiadaGelung daripada kain atau fabrik yang dijahit pada pinggang seluar untuk laluan tali pinggang.
belt carriergelung tali pinggangSosiologiTiadaGelung daripada kain atau fabrik yang dijahit pada pinggang seluar untuk laluan tali pinggang.
12345678910...

Kembali ke atas