Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gir] | ڤيڠݢير

Definisi : tepi: ~ jalan; ~ kota; ~ laut pantai; ~ sungai tebing sungai; meminggir pergi ke pinggir, menepi; meminggiri memberi berpinggir, berada (ter­letak, tumbuh dsb) di pinggir sesuatu: kawasan-kawasan sesak yg ~ kota; burung-burung yg menangkap serangga mempunyai mulut yg lebar dipinggiri rambut-rambut keras; meminggirkan mengesampingkan, menge­tepikan: masyarakat semakin ~ bahasa Melayu; terpinggir ki sudah diketepikan kerana di­anggap tidak penting: bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan juga semakin nyata; keterpinggiran perihal atau keadaan ter­pinggir: kita mampu meramalkan ~ nasionalisme yg ditelan zaman; pinggiran 1. tepi, perbatasan: peneroka tanah ~; 2. ki tidak penting, kurang ber­pengaruh: Panglima Salleh, dlm menghadapi pergolakan sosial dan politik di daerahnya, bermula hanya sbg insan biasa dan ~; 3. tidak berapa (kurang) penting: masalah-masalah ~; peminggiran 1. perbuatan mengesamping­kan atau mengetepikan: ~ bahasa Melayu sejak lima tahun yg lalu; 2. perbatasan atau sempadan negeri (kota dll): maka adalah di ~ negeri itu seorang peladang tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gir] | ڤيڠݢير

Definisi : bahagian tepi sesuatu: ~ jalan; ~ laut. pinggiran (sesuatu) yg terletak di pinggir: tanah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinggir
Kata Terbitan : pinggiran, berpinggir, meminggir,

Puisi
 

Hari-hari mengetah tekukur,
     Tekukur banyak di pinggir desa;
Kukur apa pada kukur,
     Nyiur jugalah yang akan binasa.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Istilah ini dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry famili Alu) Set jujukan DNA berkaitan yang bertaburan dalam genom manusia dan me- ngandungi tapak pengenalan bagi enzim pembatasan Alu. (BIO) alula (alula) 1. Lobus kecil membran yang dipisahkan dari pinggir posterior pada pangkal sayap sesetengah famili serangga. Sinonim alulet, posterior lobe. 2. Pasangan sisik membran di atas halter pada serangga Diptera. (BIO) alulet (alulet) Lihat alula. (BIO) alumina (alumina) Aluminium

Kembali ke atas