Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gir] | ڤيڠݢير

Definisi : tepi: ~ jalan; ~ kota; ~ laut pantai; ~ sungai tebing sungai; meminggir pergi ke pinggir, menepi; meminggiri memberi berpinggir, berada (ter­letak, tumbuh dsb) di pinggir sesuatu: kawasan-kawasan sesak yg ~ kota; burung-burung yg menangkap serangga mempunyai mulut yg lebar dipinggiri rambut-rambut keras; meminggirkan mengesampingkan, menge­tepikan: masyarakat semakin ~ bahasa Melayu; terpinggir ki sudah diketepikan kerana di­anggap tidak penting: bukan sahaja ekonomi sosial semakin ~, tetapi jurang kemiskinan juga semakin nyata; keterpinggiran perihal atau keadaan ter­pinggir: kita mampu meramalkan ~ nasionalisme yg ditelan zaman; pinggiran 1. tepi, perbatasan: peneroka tanah ~; 2. ki tidak penting, kurang ber­pengaruh: Panglima Salleh, dlm menghadapi pergolakan sosial dan politik di daerahnya, bermula hanya sbg insan biasa dan ~; 3. tidak berapa (kurang) penting: masalah-masalah ~; peminggiran 1. perbuatan mengesamping­kan atau mengetepikan: ~ bahasa Melayu sejak lima tahun yg lalu; 2. perbatasan atau sempadan negeri (kota dll): maka adalah di ~ negeri itu seorang peladang tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gir] | ڤيڠݢير

Definisi : bahagian tepi sesuatu: ~ jalan; ~ laut. pinggiran (sesuatu) yg terletak di pinggir: tanah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinggir
Kata Terbitan : pinggiran, berpinggir, meminggir,

Puisi
 

Hari-hari mengetah tekukur,
     Tekukur banyak di pinggir desa;
Kukur apa pada kukur,
     Nyiur jugalah yang akan binasa.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Brewster�s fringespinggir BrewsterFizikOptikPinggir-pinggir interferens yang terhasil apabila cahaya putih melalui dua keping kaca yang tebalnya hampir sama.
annulorrhaphyanulorafiPerubatanTiadaTatacara menstrukturkan, atau menjahit, pinggir-pinggir kantung atau gelang hernia.
lacerationlaserasiPerubatanTiadaLuka dengan tisu yang terkoyak dengan pinggir-pinggir yang tidak teratur.
Lloyd mirrorcermin LloydFizikOptikCermin yang digunakan untuk menghasilkan pinggir-pinggir interferens hasil daripada pertindihan alur dari sinar terus dan satu lagi daripada alur pantulan.
road panelpanel jalanKejuruteraanTiadaKawasan konkrit yang dibentangkan dalam satu operasi dan dibatasi sambungan-sambungan atau pinggir-pinggir bebas di semua sisi.
aberration of lightaberasi cahayaFizikOptikAberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung, sebagai contoh, pinggir-pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan bentuknya memperlihatkan herotan.
Fizeau fringespinggir FizeauFizikOptik1. Pinggir interferens yang terhasil daripada interferens cahaya monokroma yang berlaku pada dua lapisan nipis tak selari. Bentuk pinggir yang terhasil bergantung pada jarak pemisahan di antara dua lapisan tersebut. pinggir ketebalan sama. 2. Pinggir interferens yang terhasil daripada interferometer Fizeau.
fringing foresthutan pinggir; hutan pinggir airPerhutananTiadaTiada
marginal notationcatatan pinggir/notasi pinggirKesusasteraanTiadaKeterangan yang ditulis pada bahagian tepi halaman/muka surat oleh pengarang atau penyalin.
chord linegaris perentasAeroangkasaTiadaSatu garisan lurus khayalan yang melintasi aerofoil atau bahagian sayap dari pinggir hadapan ke pinggir ekor.,Satu garisan lurus khayalan yang melintasi aerofoil atau bahagian sayap dari pinggir hadapan ke pinggir ekor.
12345678910...

Kembali ke atas