Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.ja.man] | ڤينجمن

Definisi : 1. barang dll yg dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh insti­tusi kewangan atau majikan utk memboleh­kan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memo­hon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pin­jaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewang­an kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.ja.man] | ڤينجمن

Definisi : 1 apa-apa yg dipinjam atau dipinjamkan: buku ~. 2 hutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinjam
Kata Terbitan : meminjamkan, pinjaman, peminjaman, peminjam,

Puisi
 

Halia ini halia tanaman,
     Tempat hiris bintang berlenguh;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat juga tempat yang sungguh.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai menyesah kain dapat.

Bermaksud :

Barang pinjaman yang dipakai dengan sekehendak hati saja. menyesah = memukul.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pinjamanloanWang pembiayaan untuk sesuatu tujuan yang diterima daripada institusi kewangan dan dikenakan faedah. Pinjaman biasanya akan dibayar secara ansuran. Pinjaman dikenali juga sebagai hutang.Sekolah Rendah
hutangdebtPinjaman yang perlu dibayar oleh seseorang.Sekolah Rendah
faedah kompauncompound interestFaedah yang diterima daripada simpanan atau pinjaman asal dan faedah yang dikumpul setiap tahun. Lihat ContohSekolah Rendah
kadar bungarate of interestKadar bayaran tambahan yang dikenakan pada pinjaman atau hutang.Menengah Rendah
institusi kewanganfinancial institutionInstitusi yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti simpanan, pelaburan, dan pinjaman wang. Lihat ContohSekolah Rendah
kadar faedahinterest rateKadar keuntungan dalam peratus yang ditetapkan terhadap sesuatu pelaburan, simpanan atau pinjaman bagi tempoh tertentu. Lihat ContohSekolah Rendah

Kembali ke atas