Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.ja.man] | ڤينجمن

Definisi : 1. barang dll yg dipinjam (dipin­jamkan); 2. wang yg diberikan kpd seseorang dll utk sementara dan perlu dikembalikan kemudian, hutang; ~ bercagar (Eko) pinjaman yg bercagarkan sesuatu aset (mis rumah dan tanah) sbg jaminan terhadap pelunasan pinjaman berkenaan; ~ kenderaan pinjaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh insti­tusi kewangan atau majikan utk memboleh­kan seseorang (pekerja dsb) membeli kenderaan sendiri, mis kereta dan motosikal; ~ peribadi = ~ persendirian pinjaman wang tunai dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh institusi kewangan dsb kpd individu yg memo­hon, dgn syarat tertentu; ~ perumahan pin­jaman wang dgn kadar faedah tertentu yg diberikan oleh majikan atau institusi kewang­an kpd seseorang (pekerja dsb) utk membeli rumah; kata ~ (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.ja.man] | ڤينجمن

Definisi : 1 apa-apa yg dipinjam atau dipinjamkan: buku ~. 2 hutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pinjam
Kata Terbitan : meminjamkan, pinjaman, peminjaman, peminjam,

Puisi
 

Halia ini halia tanaman,
     Tempat hiris bintang berlenguh;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat juga tempat yang sungguh.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Bagai menyesah kain dapat.

Bermaksud :

Barang pinjaman yang dipakai dengan sekehendak hati saja. menyesah = memukul.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
collateral loanpinjaman bersandaran/pinjaman bercagaranEkonomiTiadaTiada
terms of loansyarat pinjaman, tempoh pinjamanEkonomiTiadaTiada
terms of loansyarat pinjaman, tempoh pinjamanEkonomiTiadaTiada
discount loanpinjaman diskaunPentadbiranTiadaPinjaman yang diambil bunganya pada permulaan pinjaman yang diberikan kurang daripada jumlah sebenar pinjaman.
agricultural bankbank pertanianEkonomiTiadaBank yang fungsi utamanya memberi pinjaman kepada petani, nelayan, dan penternak untuk menjalankan perusahaan pertanian. Bank ini beroperasi seperti bank pinjaman, tetapi pinjaman diberi dengan kadar bunga yang lebih rendah daripada kadar bunga pasaran dan dengan syarat yang longgar.
benevolent loanqard al-hasanEkonomiEkonomi IslamPinjaman kebajikan, iaitu peminjam hanya perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan sahaja tanpa bayaran tambahan. Walau bagaimanapun, peminjam boleh memberi hadiah atau hibah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemberi pinjaman. Jumlah pinjaman yang diberikan biasanya kecil. Tujuan pemberi pinjam memberikan pinjaman ini bukan untuk menjana keuntungan tetapi untuk membuat kebajikan. Contohnya, pinjaman kebajikan yang diberikan institusi kewangan kepada orang miskin untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sinonim pinjaman ihsan.
cagamas bondbon cagamasEkonomiTiadaBon yang dikeluarkan oleh Perbadanan Cagaran Malaysia (Cagamas) Berhad yang bertujuan mewujudkan pasaran peringkat kedua bagi pinjaman utama, terutama pinjaman perumahan. Cagamas Berhad bertindak sebagai pengantara antara pemberi pinjaman utama dan pelabur, iaitu dengan membeli pinjaman perumahan yang belum terjelas daripada bank atau institusi kewangan, dan pada masa yang sama menerbitkan bon cagamas untuk dijual kepada orang ramai untuk membiayai pembelian tersebut.
Eurodollar loanpinjaman dolar Euro/pinjaman dolar EropahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
loan proposalcadangan pinjamanPentadbiranTiadaRangka kerja yang dimajukan kepada pemberi pinjam yang meliputi maklumat seperti jumlah pinjaman, tujuan, dan cara bayaran balik pinjaman.
bottomrybotomriPentadbiran PerniagaanTiadaKontrak insurans yang kapal atau kargonya dicagarkan untuk sesuatu pinjaman yang diperlukan bagi meneruskan pelayaran. Jika kargo atau kapal tersebut hilang, pinjaman ini akan dibatalkan dan si peminjam tidak perlu membayar semula pinjaman yang telah dibuat.
12345678910...

Kembali ke atas