Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tu] | ڤينتو

Definisi : 1. ruang utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah dll): jangan duduk di ~; 2. papan dll utk menutup ruang pintu: sebuah ~ besar bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; 3. ki kesempatan utk men­capai sesuatu, jalan ke: membuka ~ utk perundingan damai; kalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan akan terbuka bagi kita; (politik) ~ terbuka politik yg membolehkan penanaman modal dr negeri asing; 4. Id palang pd jalan yg melintasi landasan kereta api; 5. penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dsb: ada kira-kira sepuluh ~ kedai yg terletak di kiri kanan jalan raya; cukai ~ = hasil ~ cukai yg dikenakan pd pemilik rumah (di kawasan per­bandaran); ~ air penahan air (dibuat drpd besi atau papan) yg boleh diturunnaikkan; ~ angin sj lubang kecil utk udara keluar masuk; ~ belakang a) pintu bangunan (rumah dsb) yg letaknya di belakang; b) ki cara mencapai sesuatu matlamat (spt jawatan, pekerjaan dsb) secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dsb; ~ gerbang (gapura, lawang) pintu besar utk keluar masuk sesuatu kawasan (kota, markas, dll); ~ hati kalbu; ~ jendela penutup jendela (drpd papan, kaca, dll); ~ keluar (masuk) pintu atau jalan yg digunakan utk keluar atau masuk; ~ maling pintu kecil di belakang atau di samping rumah; ~ mati pintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi); ~ monyet pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); ~ rangkap daun pintu yg berangkap dua; ~ rezeki jalan (peluang) utk mendapat rezeki; ~ salah sj tingkap pd dinding istana; ~ sorong(an) = ~ sorok pintu yg disorong utk membuka atau menutupnya; ~ tani sj pintu gerbang istana; bagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg membahayakan; satu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka prb a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya; berpintu 1. mempunyai pintu; 2. sl meng­ikut pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi; berpintukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatuh yg divarnis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tu] | ڤينتو

Definisi : 1 lubang atau ruang tempat keluar masuk pd rumah dll. 2 papan dll penutup ruang tempat keluar masuk. 3 penjodoh bilangan utk rumah; buah: Enam ~ rumah kedai habis dimakan api. ~ air pengempang air yg dpt diturunkan dan dinaikkan. ~ angin lubang kecil tempat angin keluar masuk. ~ gerbang pintu besar tempat keluar masuk dr atau ke sesuatu kawasan (kota dll). ~ maling pintu kecil di sisi atau di belakang rumah. ~ mati pintu yg tertutup kemas-kemas dan tidak dpt dibuka-buka. ~ monyet pintu berdaun dua (satu di atas dan satu di bawah). ~ sorong pintu yg perlu disorong (ke kiri atau ke kanan) utk membuka atau utk menutupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintu (kata nama)
Bersinonim dengan pintu masuk, pintu pagar, pintu gerbang, gapura, lawang, wijil, regol, bambangan.,

Puisi
 

Putik belimbing digetu-getu,
     Dari Kedah ke Tanah Liang;
Jentik dinding bukalah pintu,
     Pintu terdedah sampai siang.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Bagai pintu tak berpasak,
     perahu tak berkemudi.

Bermaksud :

Sesuatu yang membahayakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PINTU AIR

Pintu air, dalam pembinaan terusan. Lihat

Terusan (Pintu air; gambar).

UMUM 
LABAH-LABAH PINTU KOLONG UMUM 
TELUK MANILA

Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya

Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke

barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat

Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65

kilometer panjang dan 55 kilometer lebar.

Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar

berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan

Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan

terletak di muara Teluk Manila. Beberapa

peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II

(1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh

tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa

Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada

Amerika di bawah pimpinan Komander George

Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam

peperangan di muara Teluk Manila.

Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan.

UMUM 
TINGKAP

Tingkap ialah bukaan pada dinding atau pintu

untuk membolehkan cahaya dan udara masuk ke

dalam ruang tertutup. Istilah ini juga boleh

merujuk kepada kaca yang diletakkan pada bukaan

demikian. Satu atom lebih kepingan rata kaca yang

dinamakan kaca tingkap menutupi kebanyakan

tingkap. Palang yang dinamakan mullian mengikut

kaca tingkap dalam kedudukannya. Kaca tingkap

dan mullian dipasang dalam rangkai yang

dinamakan bingkai.

UMUM 
KUNCI AIR

Kunci air lihat Terusan (Pintu air terusan).

UMUM 
TERUSAN CALEDONIA

Terusan Caledonia ialah sistem terusan dan

pintu air menghubungkan loch (tasik) yang

terbentang di Glen Mòr, Scotland. Terusan ini

mengalir dari Loch Linnhe di barat daya

merentangi kawasan tanah tinggi terus ke Loch

Lochy, Oich dan Ness ke Inverness Firth di Timur

Laut. Panjang terusan ini kira-kira 100 kilometer.

UMUM 
SUEZ

Suez ialah bandar dan pelabuhan di Mesir. Ia

terletak di pintu masuk bahagian selatan Terusan

Suez dan di sepanjang Teluk Suez. Bilangan

penduduknya berjumlah kira-kira 326 820 orang.

Selepas pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869

M. Suez muncul sebagai sebuah pelabuhan

terunggul dan menjadi pusat perindustrian utama

dan terbesar yang merangkumi perindustrian

penapisan minyak petrol dan pemprosesan baja.

UMUM 
A FAMOSA

A Famosa, pintu gerbang yang dibina pada zaman penjajahan Portugis di Melaka pada tahun 1511. “A Famosa” dalam bahasa Portugis bermakna “yang terkenal” atau dalam bahasa Inggeris ialah “The Famous”. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
KAYU PELANTAK

Kayu pelantak ialah jentera peperangan yang

digunakan di Zaman Purba dan Zaman

Pertengahan untuk membuka sela di dinding atau

pintu pagar istana kota dan bandar-bandar

berkubu. Orang Assyria mahir menggunakannya

UMUM 
MIKADO

Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa

silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang

asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang

bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan

istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun

terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina

sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun

mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang

bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak

dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan

pemerintahan mereka pada masa kini dikenali

dengan nama yang dipilih khas untuk mereka.

Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno

Showa atau Maharaja Showa.

UMUM 
1234

Kembali ke atas