Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pin.tu] | ڤينتو

Definisi : 1. ruang utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah dll): jangan duduk di ~; 2. papan dll utk menutup ruang pintu: sebuah ~ besar bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; 3. ki kesempatan utk men­capai sesuatu, jalan ke: membuka ~ utk perundingan damai; kalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan akan terbuka bagi kita; (politik) ~ terbuka politik yg membolehkan penanaman modal dr negeri asing; 4. Id palang pd jalan yg melintasi landasan kereta api; 5. penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dsb: ada kira-kira sepuluh ~ kedai yg terletak di kiri kanan jalan raya; cukai ~ = hasil ~ cukai yg dikenakan pd pemilik rumah (di kawasan per­bandaran); ~ air penahan air (dibuat drpd besi atau papan) yg boleh diturunnaikkan; ~ angin sj lubang kecil utk udara keluar masuk; ~ belakang a) pintu bangunan (rumah dsb) yg letaknya di belakang; b) ki cara mencapai sesuatu matlamat (spt jawatan, pekerjaan dsb) secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dsb; ~ gerbang (gapura, lawang) pintu besar utk keluar masuk sesuatu kawasan (kota, markas, dll); ~ hati kalbu; ~ jendela penutup jendela (drpd papan, kaca, dll); ~ keluar (masuk) pintu atau jalan yg digunakan utk keluar atau masuk; ~ maling pintu kecil di belakang atau di samping rumah; ~ mati pintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi); ~ monyet pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); ~ rangkap daun pintu yg berangkap dua; ~ rezeki jalan (peluang) utk mendapat rezeki; ~ salah sj tingkap pd dinding istana; ~ sorong(an) = ~ sorok pintu yg disorong utk membuka atau menutupnya; ~ tani sj pintu gerbang istana; bagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg membahayakan; satu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka prb a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya; berpintu 1. mempunyai pintu; 2. sl meng­ikut pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi; berpintukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatuh yg divarnis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pin.tu] | ڤينتو

Definisi : 1 lubang atau ruang tempat keluar masuk pd rumah dll. 2 papan dll penutup ruang tempat keluar masuk. 3 penjodoh bilangan utk rumah; buah: Enam ~ rumah kedai habis dimakan api. ~ air pengempang air yg dpt diturunkan dan dinaikkan. ~ angin lubang kecil tempat angin keluar masuk. ~ gerbang pintu besar tempat keluar masuk dr atau ke sesuatu kawasan (kota dll). ~ maling pintu kecil di sisi atau di belakang rumah. ~ mati pintu yg tertutup kemas-kemas dan tidak dpt dibuka-buka. ~ monyet pintu berdaun dua (satu di atas dan satu di bawah). ~ sorong pintu yg perlu disorong (ke kiri atau ke kanan) utk membuka atau utk menutupnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pintu (kata nama)
Bersinonim dengan pintu masuk, pintu pagar, pintu gerbang, gapura, lawang, wijil, regol, bambangan.,

Puisi
 

Putik belimbing digetu-getu,
     Dari Kedah ke Tanah Liang;
Jentik dinding bukalah pintu,
     Pintu terdedah sampai siang.


Lihat selanjutnya...(123)
Peribahasa

Bagai pintu tak berpasak,
     perahu tak berkemudi.

Bermaksud :

Sesuatu yang membahayakan.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
poolgenangan; pengumpulan: kolamKejuruteraanTiada3. Kawasan air yang dikepung dalam takungan oleh empangan, atau oleh pintu-pintu air.,4. Baji untuk memecah dalam kuari atau lombong.
centre pillartiang penguatKejuruteraan AutomotifTiadaTiang di bahagian tengah yang menguatkan struktur tepi pintu, memegang pintu dan kunci pintu.
Dutch doorpintu BelandaKesenianHiasan DalamanPintu yang terbelah dua dan setiap daun pintu boleh dibuka secara berasingan pada kedua-dua arah. Pintu Belanda dibina separuh dari ketinggian permukaan lantai. Pintu ini dikenali juga sebagai pintu koboi.
centre pillartiang penguatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaTiang di bahagian tengah yang menguatkan struktur tepi pintu, memegang pintu dan kunci pintu.
pin joint/revolute joint/hinge jointsendi cematKesenianSeni BinaJenis sambungan yang digunakan dalam mekanisme penyambungan. Sendi cemat menyediakan fungsi putaran paksi tunggal dan digunakan pada banyak tempat seperti engsel pintu, pintu mekanisme lipat dan peranti putaran unipaksi yang lain.
door jambsesekat pintuKejuruteraanKejuruteraan BangunanBahagian pintu yang menghalang daun pintu daripada terbolos atau memastikan daun pintu tertutup rapat.
hollow-core flush doorpintu sedatar teras geronggangKejuruteraanKejuruteraan BangunanPintu yang dibuat dengan merekatkan kepingan kayu keras atau kayu lapis kerangka pintu atau teras pintu.
gatewaypintu gerbangKesenianSeni BinaPintu masuk utama sesebuah kawasan, kompleks, bangunan atau bandar. Pintu ini mempunyai pelbagai reka bentuk yang boleh dilalui dan dianggap sebagai mercu tanda sesuatu binaan. Pintu gerbang juga boleh berfungsi untuk menandakan sempadan sesuatu kawasan dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Contohnya, pintu gerbang Kota Darul Ehsan di Lebuh Raya Persekutuan.
fire doorpintu rintangan apiKejuruteraanKejuruteraan MekanikPintu yang memenuhi spesifikasi tertentu dan diuji bagi menghalang kebakaran daripada merebak ke tempat lain. Pintu diuji mengikut standard tertentu dan digredkan. Pintu ini sentiasa tertutup atau tertutup secara automatik jika berlaku kebakaran. Pintu ini digunakan untuk melindungi ruang tangga keselamatan dan memisahkan ruang yang mempunyai risiko kebakaran.
door release buttonpunat pelepas pintuSosiologiTiadaPunat yang digunakan untuk membuka pintu seperti pada pintu ketuhar.
12345678910...

Kembali ke atas