Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pintu (kata nama)
Bersinonim dengan pintu masuk, pintu pagar, pintu gerbang, gapura, lawang, wijil, regol, bambangan.,

Puisi
 

Berdentum bedil Melayu,
     Nak tembak talam tembaga;
Datuk Bandar bukalah pintu,
     Anak dagang nak masuk berniaga.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. penggunaan yang man adalah betul? 1. pengikat kata Responden telah mengetahui kewujudan opsyen “Lepas Dengan Amaran” bagi tindakan saringan pengimportan pada tab “Pintu Masuk” dalam sistem. atau 2. italicise Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Atau 3. penggunaan huruf besar sahaja Responden telah mengetahui kewujudan opsyen Lepas Dengan Amaran bagi tindakan saringan pengimportan pada tab Pintu Masuk dalam sistem. Sebagai maklumat tambahan, perkataan “Lepas Dengan Amaran”dan “Pintu Masuk” adalah perkataan yang perlu diklik/dipilih dalam tab di webpage. Terima kasih.Pilihan perkataan yang dinyatakan boleh ditulis dengan:
1. tulisan tebal (bold)
Lepas dengan Amaran, Pintu Masuk

atau

2. menggunakan tanda petik "..."
"Lepas dengan Amaran", "Pintu Masuk"
Tatabahasa27.03.2023
Apakah penjodoh bilangan untuk pintu masuk. Contoh: Ada tujuh ___ pintu masuk ke bangunan itu. Terima kasih.
Saudara/saudari,

Jawapan bagi penjodoh bilangan untuk pintu adalah 'buah'


Tatabahasa24.08.2012
Puan Kamaria meletakkan ______di hadapan pintu masuk rumahnya. A. Alas kaki B. Alas pintu Apakah jawapan bagi soalan ini? Sila berikan penjelasan. Terima kasihJawapan yang betul ialah A. alas kaki . Untuk makluman, perkataan "alas pintu" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. "Alas kaki" merupakan padanan bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris "door mat".Makna13.01.2014
Mohon nasihat nama yang sesuai untuk dipanggil struktur tersebut. Lokasi struktur tersebut - Ikonik FRIM di pintu masuk FRIM Kepong - Ikonik Panda di hadapan pindu masuk Pusat Konservertiori PandaKami berpendapat bahawa pengguna 'Ikonik Panda' dan 'Ikonik FRIM' tidak sesuai digunakan bagi merujuk kepada struktur tiang yang tersebut. seperti yang puan sedia maklum, 'ikonik' bermaksud mempunyai sifat menyerupai sesuatu ikon (gambar, lukisan, imej gambaran) memang tiada kena mengena dengan struktur yang didirikan. Sejenis tiang besar dan tinggi yang dibina daripada batu, bata marmar, dll; jika puan ingin nama yang lebih panjang, 'tunggu peringatan' juga boleh digunakan.Tatabahasa07.05.2014
As salam Tuan, saya ini sangat hendak bertanya dan pendapat Tuan yang lagi arif tentang perkataan yang sesuai untuk Jabatan kami meletakkan papan tanda di tempat Pembakaran Mayat DBKL terutama di pintu masuk di mana dapat dilihat oleh orang awam ketika melalui jalan tersebut. besama sama ini juga saya sertakan draf atau perkataan mahu pun ayat yang sesuai di guna pakai. sehubungan denga ini juga saya memohon kepada Piha Tuan untuk menterjemahkan dalam empat bahasa iaitu Melayu,Mandarin,India dan juga English, memandangkan negara kita mempuyai berbilang bangsa, Kerjasama pihak Tuan dalam perkara ini amat la saya hargai dan di dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian. THE MAYOR OF KUALA LUMPUR EXTENDS HIS DEEP AND SINCE SYMPATHY TO THE FAMILY OF THE DEMISE MAY THE SOUL REST IN PEACE OR THE MAYOR OF KUALA LUMPUR EXTENDS HIS DEEPEST CONDOLENCES TO THE BEREAVED FAMILY MAY THE SOUL REST IN PEACE yang iklhas MOHD RIZZUAN BIN HASANWa alaikumussalam,

Kami memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana DBP tidak memberikan khidmat penterjemahan.  Pihak tuan boleh mengajukan pertanyaan dan bantuan sama ada kepada PPM (Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506) atau ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia 03-41451800)

Terima kasih.
Lain-lain28.08.2014
Salam. Apakah padanan yang sesuai bagi istilah "gateway city" seperti yang dimaskudkan dalam dua pautan Wikipedia ini? https://en.wikipedia.org/wiki/Gateway_Cities https://zh.wikipedia.org/zh-my/%E9%97%A8%E6%88%B7%E5%9F%8E%E5%B8%82 Terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah gateway city ialah bandar pintu masuk. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah12.07.2023
Areb Rahim KHA 9.15 PTG As salam Sy nk kongsi sikit Berkaitan penggunaan bahasa kebangsaan dipintu masuk/checkpoint tanjung kupang johor dari second link Dimana terdapat penggunaan tulisan cina Disetiap tiang masuk untuk motorbike ke malaysia dan ke singapura. Sy rasa kecewa kerana tulisan tersebut tidak menonjolkan sebuah negara malysia yg cintakan bahasa kebangsaan Lagipula itu ada pintu masuk ke ngara malysiaSalam, Terima kasih atas makluman dan keprihatinan tuan. Pihak kami akan membuat pemantauan dan memberikan teguran kepada pihak berkenaan sekiranya tiada paparan awam yang menggunakan bahasa kebangsaan. Perkara ini akan diambil perhatian dan tindakan yang sewajarnya.Lain-lain24.08.2017
Salam sejahterah, Tuan; Ayat-ayat yang berikut, manakah yang betul dari segi penggunaan kata perintahnya? 1. Tolong ketuk pintu sebelum masuk. 2. Sila ketuk pintu sebelum masuk. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul 'Sila ketuk pintu sebelum masuk.'Tatabahasa21.02.2011
Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih

Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut.

Laluan ke Presint3, Putrajaya
Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260

Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah

Tatabahasa08.05.2012
Dia berketuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar berketuk di dinding. Guru saya kata ayat ini betul. saya musykil kerana berketuk dalam kamus merujuk bunyi ayam sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia mengetuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar ketukan di dinding.Tatabahasa30.07.2009
123

Kembali ke atas