Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pintu (kata nama)
Bersinonim dengan pintu masuk, pintu pagar, pintu gerbang, gapura, lawang, wijil, regol, bambangan.,

Puisi
 

Nyiur manis baru gugur,
     Dibawa nyonya keluar pagar;
Jasad menangis di pintu kubur,
     Menyesal di dunia tidak belajar.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila semak ayat-ayat berikut: 1. Selepas waktu sesi persekolahan, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang. 2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan kepada anak semasa kelas tambahan. 3. Ibu bapa bagi murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012.

1. Selepas waktu sekolah, ibu bapa harus menunggu anak di pintu pagar sekolah atau di dalam petak merah yang berhampiran dengan pondok keselamatan sekolah. Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan kantin sekolah untuk membawa anak pulang.

2. Ibu bapa tidak digalakkan menggunakan bekas polistirena untuk menyimpan makanan yang diberikan kepada anak semasa kelas tambahan.

3. Ibu bapa murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012 harus datang ke Bilik Pentadbiran SJK(C) Yuk Choi untuk membuat Pengesahan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2012.

Tatabahasa22.07.2011
saya ingin bertanya mengenai sah bahasa untuk papan tanda. Syarikat kami ingin membuat permohonan untuk 2 papan tanda iaitu 1 untuk pintu pagar syarikat dan juga 1 lagi untuk bangunan. Jadi soalan saya adakah perlu daftar sah bahasa untuk kedua papan tanda kerana dalam system Dewan Bahasa hanya membenarkan 1 image sahaja untuk 1 permohonan. Mohon respond dengan segera daripada pihak Dewan Bahasa. Berikut saya sertakan sekali image untuk signboard syarikat kami. Dan untuk papan tanda bagi bangunan hanya logo syarikat dan tulisan nama syarikat saja (INTANIAGA SDN BHD).

Salam Sejahtera tuan/puan. Sila buat permohonan yang berasingan. Satu permohonan untuk satu visual.

Sila buat pembetulan pada visual seperti yang berikut:
  1. Betulkan kepada PENGEDAR PERALATAN PERUBATAN DAN BARANGAN PAKAI BUANG
  2. SDN. BHD. (masukkan titik untuk singkatan)
  3. KAWASAN PERUSAHAAN CHERAS JAYA, (masukkan tanda koma)
  4. MALAYSIA. (masukkan tanda noktah)
Mohon buat pembetulan seperti yang dikehendaki dan hantar visual untuk semakan dan pengesahan melalui DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my.

Sekian. Terima kasih. 
Lain-lain16.02.2022
Selamat pagi. Saya ada beberapa kemusykilan. Jika di dalam dialog perbualan, pembuka kata dan penutup kata digunakan untuk menunjukkan sesuatu ayat itu ialah perbualan. Bagaimana pula jika ayat tersebut merupakan kata-kata di dalam hati? Cthnya: "Pelik," bisik hatiku. "Kenapa pintu pagar terbuka?" tanyaku sendiri. Bagaimana cara yang betul untuk ditulis? terima kasihMonolog ditulis dengan tanda petik tunggal (' ') seperti 'Pelik,' bisik hatiku. 'Kenapa pintu pagar terbuka?' tanyaku sendiri.Tatabahasa25.02.2015
'BERHENTI, bila sistem lampu amaran get berbunyi. Adakah terdapat sebarng kesalahan tatabahasa dalam ayat di atas? Pendapat menyatakan Sistem lampu tidak berbunyi malah menyala. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Berhenti apabila sistem amaran pintu pagar berbunyi" ataupun "Berhenti apabila sistem amaran berbunyi".  Lampu kebiasaannya menyala bukan berbunyi.   Tatabahasa07.03.2009
Sila semak struktur ayat-ayat berikut: 1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan untuk bercuti semasa hari persekolahan, ibu bapa harus membawa surat memohon cuti berjumpa dengan guru besar. 2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 3. Jika murid tidak dapat hadir pada kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum. Ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah menyerah kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar dari pintu sekolah. 4. Semua alat persekolahan murid mesti menulis nama atau melekat nama. Setiap hari Isnin, ada seorang guru bertugas di kantin B untuk murid menemukan barang-barang yang tercicir di sekolah. 5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) .

1. Jika ibu bapa hendak membawa anak keluar dari daerah Sandakan semasa hari persekolahan, ibu bapa harus mengemukakan surat memohon cuti dan berjumpa dengan guru besar.

2. Jika ibu bapa hendak membawa anak balik awal semasa hari persekolahan, ibu bapa harus berjumpa dengan kerani sekolah untuk mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Ibu bapa harus membawa Borang Kebenaran Balik Awal ke kelas anak dan menyerahkan borang tersebut kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah.

3. Jika murid tidak dapat hadir ke kelas tambahan atau aktiviti kokurikulum, ibu bapa harus membawa anak berjumpa dengan Penolong Kanan I (kelas tambahan) atau Penolong Kanan III (aktiviti kokurikulum) dan mengisi Borang Kebenaran Balik Awal. Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada pengawal keselamatan sekolah sebelum keluar daripada pintu pagar sekolah.

4. Semua alat persekolahan murid mesti ditulis nama atau dilekatkan tanda nama. Setiap hari Isnin, seorang guru bertugas di kantin B dan murid-murid boleh menyerahkan barang yang dijumpai kepada guru tersebut.

5. Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia akan diadakan oleh pihak sekolah pada 2 Julai 2011(Hari Sabtu) .

Tatabahasa26.06.2011
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1.Ibu bapa diminta jangan meletak kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana itu merupakan tempat letak bas sekolah. 2.Ibu bapa harus membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke banggunan sekolah. 3.Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin. 4.Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin semasa waktu lepas sekolah pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I harus mengikut barisan berbaris ke tempat letak kereta dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta. 5.Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bilik darjah anak tanpa kebenaran pihak sekolah. 6.Dilarang semua murid menunggu kereta di luar pagar sekolah.

Ayat yang betul ialah:

1. Ibu bapa dilarang meletakkan kereta di sebelah kanan pintu sekolah kerana petak itu dikhaskan untuk bas sekolah.

2. Ibu bapa hendaklah membawa anak menggunakan laluan yang beratap ke bangunan sekolah.

3. Ibu bapa tidak dibenarkan membawa anak pulang dari kawasan kantin sekolah.

4. Murid Tahap I ( Tahun 1, 2 dan 3) tidak dibenarkan menunggu ibu bapa di kantin selepas sesi persekolahan pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Murid Tahap I hendaklah berbaris dan menunggu ibu bapa di tempat letak kereta.

5. Ibu bapa dilarang masuk ke bilik darjah  tanpa kebenaran pihak sekolah.

6. Semua murid dilarang menunggu kereta/bas di luar pagar sekolah.

Tatabahasa23.04.2011
1. Apakah perbezaan antara baru dan baharu? 2. Yang manakah ejaan yang betul, samada sedasawarsa atau sedasawasa yang bermaksud dewasa ini? Terima kasih.Untuk makluman, baharu ialah kata adjektif manakala baru merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata baru dalam bahasa Melayu dapat disamakan dengan kata just dalam bahasa Ingeris. Manakala kata baharu dapat disamakan dengan kata new dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh perbandingan penggunaan kedua-dua kata ini seperti yang berikut: 1. Surat itu baru sahaja diterima oleh emak pagi tadi. 2. Baru-baru ini harga petrol telah naik secara mendadak. 3. Baru sahaja Amin membuka pintu, kedengaran seseorang memanggilnya dari luar pagar rumahnya. 4. Kami mengucapkan selamat tahun baharu kepada keluarga Ah Chew. 5. Ali kelihatan bergaya apabila memandu kereta baharu yang dibelinya semalam. Ejaan yang betul ialah sedasawarsa yang bermaksud dekad.Tatabahasa14.06.2009
Saya ada satu soalan untuk diutarakan berkaitan penggunaan perkataan BARU dan BAHARU. Saya dapati terdapat banyak iklan-iklan di televisyen sekarang menggunakan perkataan BAHARU. Adakah penggunaanya betul? Setahu saya BAHARU meruapakan perkataan lama yang sudah digantikan dengan perkataan BARU dan BAHARU digunakan untuk ibu negeri Johor iaitu Johor Baharu. Saya harap pihak DBP dapat menjawab soalan yang saya utarakan ini. Terima Kasih.Pengguna atau penutur bahasa Melayu kadang-kadang terkeliru tentang penggunaan kata baharu dan baru. Untuk makluman, baharu ialah kata adjektif manakala baru merujuk kepada kata bantu untuk masa. Sebagai perbandingan, kata baru dalam bahasa Melayu dapat disamakan dengan kata just dalam bahasa Ingeris. Manakala kata baharu dapat disamakan dengan kata new dalam bahasa Inggeris. Sebagai contoh perbandingan penggunaan kedua-dua kata ini seperti yang berikut: 1. Surat itu baru sahaja diterima oleh emak pagi tadi. 2. Baru-baru ini harga petrol telah naik secara mendadak. 3. Baru sahaja Amin membuka pintu, kedengaran seseorang memanggilnya dari luar pagar rumahnya. 4. Kami mengucapkan selamat tahun baharu kepada keluarga Ah Chew. 5. Ali kelihatan bergaya apabila memandu kereta baharu yang dibelinya semalam. 6. Kami sekeluarga sedang menonton drama kesukaan ramai, Dunia Baharu Anita. Setiap penutur boleh sahaja memberikan tafsiran tentang asal usul sesuatu perkataan itu. Mungkin dalam hal ini, saudara boleh mendapatkan Kamus Etimologi dan Kamus yang ditulis oleh Wilkinson untuk melihat tentang pembinaan sesuatu perkataan atau ejaan itu. Ejaan untuk Johor Baharu yang diguna pakai sekarang ini ialah Johor Bahru. Terima kasih.Makna29.10.2008

Kembali ke atas