Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.pi] | ڤيڤي

Definisi : bahagian muka di bawah pelipis: air matanya membasahi kedua-dua belah ~nya; ekor ~ bahagian pipi di sebelah bawah; lesung ~ lekuk pd bahagian pipi, lesung pipit; tulang ~ tulang pd bahagian pipi di atas tulang rahang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.pi] | ڤيڤي

Definisi : bahagian muka di antara pelipis dgn dagu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pipi

Puisi
 

Satu tiga golongan di dahi,
     Bertambah pula sojen di pipi;
Kamilah tetap diam di sini,
     Kami tak dapat menahan pergi.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Dikerkah dia menampar pipi,
     dibakar dia melilit puntung.

Bermaksud :

Tidak mahu mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cheek bitingpenggigitan pipiPerubatanTiadaTabiat mengigit pipi, kadang kala semasa tidur menyebabkan luka-luka dan keputihan pada mukosa pipi, malposisi gigi, ketidakselesaan otot dan pendedahan kepada oklusi bertrauma.
malamalaPerubatanTiada1. Istilah lain bagi muka atau pipi.,2. Tulang pipi.
transbuccal cheek wiredawai pipi transbukalPerubatanTiadaDawai yang dilalukan melalui pipi dan diikatkan ke splin pergigian untuk menstabilkan fraktur rahang. Bahagian eksternal dawai diikatkan ke rangka kepala.
malar bonetulang malarPerubatanTiadaTulang pipi iaitu salah satu daripada sepasang tulang yang membentuk bahagian menimbul pada pipi.
rougepemerah pipiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
bucca (plu. buccae)pipiPerubatanTiadaTiada
cheek-piecesangga pipi;kekang (kuda)SejarahTiadaTiada
meloncusmelonkusPerubatanTiadaTumor pada pipi.
melitismelitisPerubatanTiadaKeradangan pada pipi.
buccoglossopharyngitisbukoglosofaringitisPerubatanTiadaRadang pada pipi, lidah, dan farinks.
123456

Kembali ke atas