Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.pih] | ڤيڤيه

Definisi : 1. rata serta tipis, leper: badannya yg leper atau ~ ini membolehkan lipan merayap melalui lubang-lubang kecil dan bersembunyi di bawah-bawah kayu; bulat ~ bulat dan rata serta tipis (duit syiling dll); 2. kemik, pesek (hidung); memipih menjadi pipih; kanta mata itu pun ~ menjadi rata; memipihkan menjadikan pipih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.pih] | ڤيڤيه

Definisi : 1 rata serta tipis; leper: bulat ~ bulat serta pipih bentuknya spt bentuk duit syiling. 2 tidak mancung (bkn hidung); pesek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pipih
Rujuk :penyek

Peribahasa

Bulat segiling,
     pecak setapik.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara perkataan "pipih' dan "leper" yang manakah merupakan perkataan yang paling tepat untuk ayat berikut: Kereta itu menjadi _______________ apabila digelek oleh lori itu. Harap dapat menjelaskan dengan terang kerana carian dalam Kamus Dewan mendapati kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang sama sahaja.Kereta itu menjadi pipih/leper apabila digelek oleh lori itu. Merujuk Kamus Dewan pipih sama maknanya dengan tipis dan leper, oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada soalan tersebut.Tatabahasa24.07.2010
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih

Saudara,

Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut:

i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah

terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll),  laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya;  bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggal­kan tempat itu;  memulakan (menggerak­kan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin).  Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan.   

Makna  beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; 
  

Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b).
Lain-lain15.10.2010
Salam sejahtera, Apakah perkataan untuk "prelidiction site". prelidiction site adalah "tapak" i.e site bagi yang menjadi sasaran khusus. Misalnya prelidiction site untuk cacing pipih ialah organ hati. Cacing ini tidak akan pergi kelain-lain organ, melainkan hati. Terima kasihIstilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "prediction site" ialah tapak ramalan.Istilah19.10.2016
Merujuk soalan 57 yang bertarikh (12/9/09), jawpaan yang tuan berikan ialah ' Emak memberikan sekeping angpau...'. Soalan saya: Bolehkah saya menggunakan penjodoh bilangan 'sebuah' untuk ayat tersebut? Bagi saya, angpau bukanlah berbentuk pipih dan nipis, sebaliknya berbentuk sarung yang biasa diisikan dengan wang. Terima kasih.Walaupun berbentuk sarung yang biasa diisikan dengan wang tetapi ia tetap nipis kecualilah berbungkus seperti hadiah. Penjodoh bilangan tidaklah tetap untuk sesuatu benda itu sebaliknya bergantung kepada bentuk dan keadaan. Contoh: Setandan pisang. Sesikat pisang. Seulas pisang. Sekaki cendawan. Sekuntum cendawan. Secawan air. Seteguk air. Sebungkus angpau. Sekeping angpau. Sedozen angpau. Dll.
Lain-lain18.10.2009
apakah peribahasa yang sesuai untuk maksud "orang yang bertuah mendapat untung di mana-mana"Peribahasa yang sesuai untuk "orang yang bertuah mendapat untung di mana-mana" ialah "Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang" (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu).Sastera04.11.2014
Assalamualaikum. Apakah terjemahan untuk perkatasn 'Sheet Mask' dalam bahasa Melayu? Topeng muka kedengaran kurang sesuai. Ini sheet mask yang digunakan dalam industri kecantikan. Terima kasihPihak kami mencadangkan "sheet mask" diterjemahkan sebagai "topeng kepingan", topeng helaian" atau "topeng pipih". "Pupur muka" juga boleh dijadikan padanan bagi "sheet mask", bergantung pada jenis, bentuk dan kegunaan produk tersebut. 

Untuk makluman, topeng muka atau pelitup muka pula merupakan padanan bagi "face mask" dan bukannya "sheet mask".
Penyemakan dan penterjemahan13.08.2020
Apakah terjemahan untuk "compressed" seperti dalam kes di bawah: Takrif: having a narrow shape as if flattened, especially sideways. adjective: compressed "most sea snakes have a compressed tail" Saya yakin ada padanan selain mampat dalam bahasa Melayu tetapi saya tidak dapat memikirkannya. Adakah pipih sesuai ataupun ia cuma untuk permukaan leper yang melintang dan bukannya menegak seperti bentuk ekor ular laut. Terima kasih.Mengikut konteks ayat yang diberikan, padanan bahasa Melayu yang paling hampir bagi perkataan compressed tail ialah ekor berbentuk tirus.Penyemakan dan penterjemahan22.03.2015
1) Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk fail? 2) Bagaimanakah cara untuk mencari kategori penjodoh bilangan di dalam laman web ini? Adakah ia termasuk dalam tatabahasa?

1. Untuk makluman saudara, tidak semua benda perlu dibubuh penjodoh bilangan, walaupun penggunaan penjodoh bilangan kadangkala dilihat dapat mengindahkan lagi bahasa. Kebiasaannya bagi benda yang berbentuk pipih dan nipis, keping digunakan, seperti sekeping fail. 

2. Saudara boleh merujuk laman web www.prpm.dbp.gov.my dan merujuk pada kata yang boleh menjadi penjodoh bilangan seperti buah, keping, biji, pucuk dan utas.

Tatabahasa17.03.2011
Bolehkah berikan penjodoh bilangan yang sesuai untuk jodoh, tetikus, syiling,dan tahi? Sila jelaskan. Terima Kasih!Tidak semua kata memerlukan penjodoh bilangan seperti kata jodoh, ada perkataan hanya perlu diberikan unit sahaja seperti satu tetikus, dua tetikus Bagi kata syiling penjodoh bilangan yang sesuai ialah keping - penjodoh bilangan bagi sesuatu yang pipih dan nipis (seperti kad, kertas, papan, dan sebagainya), dan penjodoh bilangan tahi ialah ketul -  penjodoh bilangan untuk benda yang berbuku-buku.Tatabahasa14.03.2010
Tuan , apakah penjodoh bilangan untuk filem ( kodak yang masih bergulung. dan untuk yang sudah dicuci?

Untuk makluman saudara, tidak semua benda perlu dibubuh penjodoh bilangan, walaupun penggunaan penjodoh bilangan kadangkala dilihat dapat mengindahkan lagi bahasa. Untuk benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, kebiasaannya ulung digunakan seperti segulung filem, manakala bagi benda yang berbentuk pipih dan nipis, keping digunakan. 

Tatabahasa30.07.2009
12

Kembali ke atas