Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.pih] | ڤيڤيه

Definisi : 1. rata serta tipis, leper: badannya yg leper atau ~ ini membolehkan lipan merayap melalui lubang-lubang kecil dan bersembunyi di bawah-bawah kayu; bulat ~ bulat dan rata serta tipis (duit syiling dll); 2. kemik, pesek (hidung); memipih menjadi pipih; kanta mata itu pun ~ menjadi rata; memipihkan menjadikan pipih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.pih] | ڤيڤيه

Definisi : 1 rata serta tipis; leper: bulat ~ bulat serta pipih bentuknya spt bentuk duit syiling. 2 tidak mancung (bkn hidung); pesek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pipih
Rujuk :penyek

Peribahasa

Bulat segiling,
     pecak setapik.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pipihpipihKesenianTiadaAnyaman tambahan sebagai pengemas, penghias, dan penyudah yang dijahitkan pada tepi tikar dan anyaman lain.
teniateniaPerubatanTiadaSejalur tisu lembut yang pipih, yang menyerupai cacing pipih.
flat characterwatak pipihKesusasteraanTiadaWatak yang tidak mengalami sebarang perubahan di sepanjang cerita. Watak pipih merujuk kepada dua watak yang berbeza yang terdapat dalam naratif atau drama. Watak ini biasanya wujud apabila pengarang lebih menekankan sesuatu sifat tertentu watak tersebut tanpa menyerlahkan ciri khusus yang membezakannya dengan watak lain. Watak pipih dianggap watak statik dan sering dikenali sebagai tipa. Lihat juga tipa, watak bundar.
banisterkisi pipihKesenianTiadaKisi yang berbentuk pipih dan panjang yang berfungsi sebagai susur tangan.
banister backpenyandar kisi pipihKesenianTiadaPenyandar kerusi yang mempunyai rangkaian kisi pipih.
flatbugkepinding pipihBiologiEntomologiKepinding tumbuh-tumbuhan dalam famili Aradidae (Heteroptera). Serangga ini mempunyai bentuk badan yang amat pipih sebagai penyesuaian diri untuk hidup di bawah kulit kayu. Serangga ini hidup secara berkelompok dan memakan kulat halus.
fractured mediummedium retakHidrogeologiTiadaMedium telap yang airnya terdapat dalam rangkaian rekah bersilangan, terdiri dari lubang-lubang pipih dan tubular. Saiz badan air dalam lubang pipih tidak sama dan mungkin hanya mendawai sahaja; sementara saiz badan air dalam lubang tubular biasanya berukuran rerambut besar dan dapat mengakibatkan pengaliran cepat. (Saling hubungan rekahan mungkin tersebar luas, atau badan air dalam retakan tunggal atau retakan kelompok mungkin terputus dari badan air dalam lubang yang berdampingan). Ruj.: Tolman 1937
parasitic wormcacing parasitVeterinarTiadaCacing yang menjadi parasit pada ternakan. Terdapat beberapa jenis cacing yang terlibat iaitu cacing gelang, cacing pipih dan cacing pita. Contoh cacing gelang ialah Ascaris spp yang menyerang lembu dan babi yang terdapat di dalam saluran pencernaan. Contoh cacing pipih pula ialah Fasciola hepatica yang menyerang organ hepar ternakan. Manakala contoh cacing pita ialah Taenia saginata yang menyerang di sepanjang usus ternakan. Kesemua cacing ini menghisap darah perumah dan menyebabkannya kurus, merencatkan pertumbuhan, mengurangkan kecekapan makanan dan mengurangkan selera makan. Dalam keadaan yang serius boleh menyebabkan kematian pada ternakan. Kewujudan cacing ini yang menyerang ternakan boleh menyebabkan kerugian dari segi ekonomi kepada pengusaha ladang.
round characterwatak bundarKesusasteraanTiadaWatak yang diterbalikkan daripada watak pipih dalam naratif atau drama. Watak ini dibekalkan dengan sifat serta ciri yang tersendiri, diubah dan merubah keadaan di sekelilingnya, serta berkembang sejajar dengan perkembangan cerita. Watak jenis ini dianggap dinamik, justeru sering digunakan untuk memaparkan protagonis atau watak utama yang lain dalam karya moden. Istilah ini digunakan oleh pengkritik Inggeris E.M. Forster dalam bukunya bertajuk Aspects of the Novel. Lihat juga burlesque, tipa, watak pipih.
depressedpipih-lintangPerhutananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas