Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ra.mid] | ڤيراميد

Definisi : 1. binaan drpd batu yg mempunyai dasar segi empat atau segi tiga dan sisi cerun yg bertemu di puncak, terutama yg dibina drpd batu di Mesir kuno; 2. limas; 3. (Mat) bongkah yg tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga dan bertemu di bucu; ~ tepat (Mat) piramid yg mempunyai tepi atau sendeng yg sama panjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ra.mid] | ڤيراميد

Definisi : 1 binaan atau tugu peringatan (khususnya di Mesir) yg bertapak empat segi dan permukaan sisinya berbentuk tiga segi yg menirus tajam ke puncaknya. 2 bongkah yg permukaan dasarnya berbentuk poligon, permukaan sisinya berbentuk tiga segi dan bertemu di bucu yg satu di bahagian atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piramid


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
piramid nomborpyramid of numbersHierarki yang menunjukkan bilangan organisma pada setiap peringkat dalam sesuatu rantai makanan.Menengah Rendah
piramidpyramidStruktur tugu dengan dasar berbentuk segi empat atau bulat. Sisi yang curam dan bertemu di satu titik puncak. Contohnya, binaan makam purba Mesir. Lihat RajahSekolah Rendah
piramid makananfood pyramidPanduan pengambilan makanan sihat, berbentuk piramid yang dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk menunjukkan pengambilan kelas-kelas makanan yang disarankan.Menengah Rendah

Kembali ke atas