Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ra.mid] | ڤيراميد

Definisi : 1. binaan drpd batu yg mempunyai dasar segi empat atau segi tiga dan sisi cerun yg bertemu di puncak, terutama yg dibina drpd batu di Mesir kuno; 2. limas; 3. (Mat) bongkah yg tapaknya berbentuk poligon, manakala mukanya berbentuk segi tiga dan bertemu di bucu; ~ tepat (Mat) piramid yg mempunyai tepi atau sendeng yg sama panjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ra.mid] | ڤيراميد

Definisi : 1 binaan atau tugu peringatan (khususnya di Mesir) yg bertapak empat segi dan permukaan sisinya berbentuk tiga segi yg menirus tajam ke puncaknya. 2 bongkah yg permukaan dasarnya berbentuk poligon, permukaan sisinya berbentuk tiga segi dan bertemu di bucu yg satu di bahagian atas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piramid


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIRAMID

Piramid dalam geometri, ialah bongkah dengan

muka sisi berbentuk tiga segi yang bertemu pada

satu titik atau punca sepunya. Tapak piramid

dikenali sebagai poligon , iaitu permukaan datar

yang disempadani oleh tiga atau lebih sisi. Jumlah

muka mana-mana piramid bergantung pada

jumlah segi di atas tapak. Titik terjauh dari tapak –

tempat semua muka bertemu – dikenali sebagai

puncak piramid.

UMUM 
MENARA BABEL

Menara Babel ialah menara di Babylon, iaitu

kota di Mesopotamia purba. Ia berbentuk piramid

yang berteres, iaitu reka bentuk yang dikenali

sebagai ziggurat. Menara ini mempunyai tujuh

tingkat berserta sebuah kuil kecil di atasnya. Orang

Babylon menamakan menara ini Etemenanki, yang

bermakna rumah asas syurga dan bumi. Babel ialah

nama Ibrani bagi Babylon. Babylon bermakna pintu

gerbang tuhan dalam bahasa Babylon.

UMUM 
PUNCAK MENARA

Puncak menara , istilah seni bina yang

digunakan untuk menggambarkan struktur tirus

yang terletak di atas sebuah menara. Kebanyakan

puncak menara tinggi dan meruncing ke atas. Ia

mungkin berbentuk seperti piramid yang

memanjang, berbentuk kon atau oktagon.

Kebanyakan puncak menara diperbuat daripada

batu atau kayu yang dilitupi dengan kerikil atau

sabak.

UMUM 
KHUFU

Khufu ialah salah seorang raja Firaun Mesir

yang hidup kira-kira 2600 SM. Namanya masyhur

kerana berjaya membina makam diraja iaitu

piramid terbesar di Giza, berhampiran bandar

Kaherah.

UMUM 
MAKAM

Makam ialah tempat menguburkan mayat.

Sesetengah makam dibina dengan menebuk

batuan, dan sesetengahnya dibina di atas tanah.

Manusia purba menggunakan makam untuk

menjaga mayat agar selamat. Orang Mesir

percaya bahawa roh orang yang sudah meninggal

akan datang mengunjungi makamnya. Mereka

mendirikan Piramid, iaitu makam paling besar di

dunia, untuk raja-raja mereka .

UMUM 
POLIHEDRON

Polihedron ialah sesebuah bentuk padu yang

disempadani oleh empat atau lebih permukaan

rata yang dikenali sebagai sisi . Setiap sisi

polihedron adalah satu poligon. Bahagian tepi

poligon ini membentuk sempadan polihedron.

Titik pertemuan kesemua sempadan ini dikenali

sebagai bucu atau verteks . Contoh polihedron

termasuklah kiub dan piramid.

UMUM 
PIROMETRI

Pirometri ialah sistem mengukur suhu. Ia

biasanya merujuk kepada suhu yang terlalu tinggi

untuk diukur dengan termometer. Dalam tanur

tembikar, bukan sahaja suhu, tetapi juga kesan

haba perlu diukur. Kon pirometrik , atau kon

Seger, kadangkala digunakan. Kon kecil

berbentuk piramid ini dibuat daripada tanah liat

dan garam, dan akan cair pada suhu tertentu

dalam tempoh tertentu. Lingkaran tanah liat yang

tidak terbakar juga digunakan di dalam tanur

untuk mengukur kesan haba.

UMUM 
CETERIA

CETERIA, golongan kedua selepas wazir dalam hierarki Kesultanan Brunei. Kewujudan dan kesinambungan Kesultanan Brunei sedikit sebanyak bergantung pada sokongan mereka. Golongan ceteria menjadi ‘pasak’ kepada piramid kesultanan.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
LEMBANGAN

Lembangan ialah kawasan yang disalirkan oleh

sungai dan cawangan sungai. Lembangan yang

besar di dunia termasuk Sungai Mississippi di

Amerika Syarikat, Sungai Congo di Afrika, Sungai

Amazon di Amerika Selatan, dan Sungai Yangtze di

Asia.

Lembangan juga bermaksud kawasan yang

sungainya tidak mempunyai saluran keluar ke laut.

Bagi lembangan jenis ini, anak sungai mengalirkan

airnya ke dalam tasik, menyerap dalam pasir,

menjadi kering. Sesetengah lembangan jenis ini

mempunyai tasik air masin, seperti Tasik Great Salt

di Utah, Amerika Syarikat.

Lihat juga Lembangan Besar dan rencana dalam

Ensiklopedia Dunia tentang sungai dan tasik yang

disebut di dalam rencana ini.

Lembangan Besar ialah kawasan gurun yang

besar di Amerika Syarikat Barat. Di lembangan ini

terdapat beberapa tasik dan sungai. Air sungai

ini sama ada kering atau mengalir ke salah satu

daripada tasik di tempat ia menyejat. Lembangan

Besar ialah kawasan penyaliran dalaman kerana

sungainya mengalir dalam kawasan tersebut dan

bukan ke dalam kumpulan air yang terletak di luar

kawasan.

Lembangan ini meliputi kawasan seluas kira-kira

520 000 kilometer persegi di California,

Idaho, Nevada, Oregon, Utah, dan Wyoming. Sink

(kawasan rendah yang boleh menampung air)

terdapat di beberapa lembah. Lembangan yang

terbesar ialah Tasik Great Salt, Sink Carson dan

Humboldt, dan Tasik Piramid. Lekukan terdalam di

lembangan ini ialah (Death Valley) di California.

Lembangan Besar Artois ialah lembangan

artois yang terbesar di Australia. Lembangan ini

terletak di dalam sebahagian besar Queensland,

utara New South Wales, dan sudut timur

laut Australia Selatan. Daripada keseluruhan

kawasannya yang seluas kira-kira 1.5 juta kilometer

persegi, kira-kira 1500 lubang artois menyediakan

bekalan air yang tetap untuk pertanian. Lihat

Telaga artois .

UMUM 

Kembali ke atas