Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ring] | ڤيريڠ

Definisi : 1. sj pinggan yg kecil utk mengisi kuih dll atau utk alas cawan dll: ia menyorongkan ~ kuih itu kpd kawannya; 2. = piring-piring, piringan barang yg bulat pipih serupa piring: ~ peti nyanyi; 3. petak (kebun, ladang, dll): kebun kelapanya berbau-bau dan sawahnya beratus-ratus ~; ~ mangkuk a) = ~ cangkir Id perkakas atau alat-alat utk makan minum (piring, cawan, mangkuk, dll); b) alas mangkuk (cangkir); ~ peti nyanyi = ~ hitam rekod; ~ (piring-piring) sepeda Id cakeram yg bergigi utk memusing­kan rantai sepeda (basikal); ~ terbang sj benda bercahaya berbentuk cakera yg kelihatan me­layang dgn pantas di angkasa, kononnya men­jadi pengangkutan makhluk asing; ~ warna Newton sj piring (drpd kertas dll) yg diwarnai dgn warna-warna yg ada dlm spektrum (kalau dipusing warnanya menjadi putih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ring] | ڤيريڠ

Definisi : 1 bekas yg leper utk mengalas cawan, sbg bekas kuih dll. 2 sesuatu yg bentuknya pipih leper: ~ hitam alat spt piring yg pdnya terdapat rakaman suara atau bunyi. 3 bahagian drpd sawah yg bersempadankan batas; petak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piring

Puisi
 

Kalau pecah piring ini,
     Saya tidak berkirim lagi;
Kalau sudah nyanyi ini,
     Saya tidak menyanyi lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Laksana kasihkan bunga seceper,
     terbuang bunga sekaki.

Bermaksud :

Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan. ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1.SILA/MINTA gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya. 2.SILA /MINTA duduk di barisan hadapan. 3.SILA/MINTA gunakan alat muzik ini dengan cermatnya. Jawapan yang mana satu lebih tepat? Apakah perbezaan antara SILA dengan MINTA? Sekian, terima kasih.

Perkataan “sila” dan “minta” merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, silaan atau permintaan. Kata “sila” lazimnya digunakan untuk meminta seseorang untuk melakukan sesuatu dengan lebih hormat, contohnya “Sila ambil makanan di sana” atau “Sila gunakan piring-piring seramik itu dengan cermat”. Perkataan “minta” digunakan untuk memohon seseorang berbuat sesuatu. Contohnya, “Minta tuan-tuan bersabar sebentar”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Perdana.

Tatabahasa09.10.2023
Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkaitan dengan kata perintah sila dan minta. Contoh soalan ini -->( ) gunakan piring-piring seramik ini dengan cermatnya.Boleh saya tahu jawapan paling tepat ialah sila atau minta. Apa syarat yang perlu ada jika kita ingin menggunakan kata perintah minta. Adakah belakang kata perintah minta tidak boleh diikuti dengan kata kerja?Mengapa? Itu sahaja pertanyaan saya. Sekian, terima kaish.

Kata sila dan minta merupakan kata perintah yang bertujuan menimbulkan tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan dan permintaan.  Perkataan sila atau jemput digunakan dalam ayat silaan dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Kata sila hadir sebelum kata kerja. Manakala perkataan minta dan tolong pula digunakan dalam ayat permintaan dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Kata minta tidak boleh dikuti dengan kata kerja kerana kata minta itu sendiri merupakan kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Kata perintah silaan dan permintaan biasanya tidak boleh membawa pengertian yang negatif, sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan.  Oleh itu, penggunaan kata perintah yang betul dalam ayat yang diberikan ialah minta. Contoh ayat yang betul ialah Minta tuan dan puan gunakan piring-piring seramik ini dengan cermat.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 448-452.

Tatabahasa08.09.2021
Salam sejahtera, Adakah "piring sisir lif" sesuai digunakan sebagai terjemahan "escalator combplate"? Jika tidak, sila nyatakan pendapat anda. Mohon pendapat pihak DBP. Terima kasih.Istilah "escalator comb plate" tiada dalam rujukan kami. Namun begitu, cadangan terjemahan yang sesuai ialah plat sisir eskalator.Istilah22.06.2018
Adakah penggunakaan kata menyalin dalam ayat di bawah betul? Ibu menyalin kuih yang dihantar oleh Puan Ratna ke dalam piring.Betul kerana perkataan "menyalin" ialah mengubah bekas atau memindahkan ke bekas lain.Tatabahasa08.09.2015
penggunaaan perkataan studio pada iklan. contohnya studio perabot.Perkataan studio sudahpun digunakan dalam bidang pengiklanan.Tetapi penggunaan perkataan studio untuk perabot adalah tidak sesuai, jadi dicadangkan kedai perabot. Makna ialah 1. bilik tempat pelukis, pengukir, jurugambar, dsb bekerja; 2. bilik yg dilengkapi pelbagai peralatan utk siaran program radio atau televisyen, atau rakaman piring hitam; 3. bangunan yg digunakan oleh sesebuah syarikat penerbitan sbg tempat pembuatan filem. Sekian, terima kasih.Lain-lain01.11.2006
Saya ingin membuat pertanyaan berikut: 1) Penggunaan huruf besar atau huruf kecil Contoh ayat: Di Sarawak, tarian ngajat merupakan tarian bersuka ria dalam kalangan orang Ibanda dan tarian datun julut sebagai tarian menjemput tetamu dari suku kaum Orang Ulu. Soalan: ejaan tarian ngajat adakah dieja Tarian Ngajat - huruf besar kerana nama khas. Ejaan tarian datun julut adakah dieja Tarian Datun Julut kerana nama khas? 2) Ejaan nama-nama tarian yang ada di Malaysia seperti tarian asyik, tarian payung, tarian piring, tarian mak yong dan sebagainya adakah dieja dengan huruf besar? Kekeliruan berlaku kerana ada editor saya yang mengatakan ia adalah nama khas untuk tarian tersebut. Setelah saya rujuk kepada KD ke3 dalam sub tarian, ejaan adalah huruf kecil Sila beri jawapan selengkapnya dengan segera. Kerjasama pihak anda sangat diperlukan kerana saya telah cuba menelefon talian tertera tetapi tiada jawapan walaupun 10 minit deringan berbunyi. Terima kasih.Setiap kata nama khas mestilah dieja dengan huruf besar. Contohnya, Tarian Ngajat, Datun Julut, Tarian Payung, Tarian Asyik, Tarian Piring, Tarian Mak Yong dan sebagainya.Tatabahasa10.09.2008
Adakah perkataan mug (bahasa inggeris) yang bermaksud cawan atau kole telah dimasukkan dalam kamus bahasa Melayu?Entri "mug" ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) dan takrifnya adalah seperti yang berikut:


n 1 bekas bertangkai tanpa piring yg dibuat drp ayan, porselin, plastik dll, digunakan utk minum kopi, teh dsb yg saiznya lebih besar drp cawan; 2 ...
Lain-lain30.05.2021
ada yg mempertikaikan penjodoh bilangan bg lobak merah ialah biji...keliru

Salam sejahtera,

Penjodoh bilangan yang betul ialah sebatang lobak. Hal ini kerana, penjodoh bilangan 'biji' digunakan pada benda-benda yang agak bulat atau bujur tetapi kecil seperti telur, buah-buahan, cawan, periuk, piring dan mangkuk. Sekiranya puan, merujuk Kamus Dewan pula,  biji merupakan penjodoh bilangan bagi buah-buahan yang berbiji seperti sebiji rambutan atau sebiji durian.

Makna01.11.2012
1)saya ingin bertanya barkaitan dengan sejarah lagu ghazal pak ngah balik. selain itu juga saya ingin mengetahui sinopsis lagu tersebut. 2)saya masih tercari-cari pantun melayu klasik yang berkaitan maksud dengan si dara jelita sedang tenang menunggu kepulangan teruna idaman. 3)saya menyertai pesta zapin, jadi perlu menghantar sinopsis lagu dan jenis zapin. zapin yang kami bawa adalah zapin putar alam dan tajuk lagu pula ialah lagu pak ngah balik. mohon idea penulisan dari pihak anda.

Lagu Pak Ngah Balik adalah berentak ghazal (bukan zapin) dan dinyanyikan oleh Zainurin Md. Dom. Rakaman lagu ini dibuat dalam piring hitam jenis MHT A2 dengan iringan Orkes Sri Penambang Ghazal Muar pimpinan Atan Penambang. Pencipta lagu ini ialah Pak Lomak atau nama sebenarnya Haji Musa Yusof.

Pak Ngah Balik

Bulan mengambang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Bulanlah yang mengambang

Bulan mengambang

Tengah malam

 

Bulan mengambang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Bulanlah yang mengambang

Bulan mengambang

Tengah malam

 

Ahailah nampak bercahaya

Nampak bercahaya dengan serinya

 

Janganlah abang

Pak Ngah lah yang balik

Ahailah sayang

 

Janganlah abang

Janganlah abang berhati bimbang

 

Hai adik pergi

Adik pergi tidaklah lama

Tidaklah  lama

 

Untuk mendapatkan pantun yang dimaksudkan, saudara/saudari boleh merujuk buku pantun 'Kurik Kundi Merah Saga'

 

 
Lain-lain26.03.2010

Kembali ke atas