Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : sj besi tipis yg tajam dan berhulu utk memotong (menghiris dll); ~ belati sj pisau kecil yg tajam (digunakan oleh kelasi kapal); ~ calung sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar; ~ cukur (pencukur) a) sj pisau yg tajam utk mencukur rambut; b) ki perempuan yg suka menghabiskan wang (harta) lelaki; ~ dapur pisau yg digunakan di dapur; ~ getah sj pisau yg digunakan utk menoreh getah; ~ lipat sj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat; ~ makan = ~ meja sj pisau yg digunakan utk memotong daging waktu makan; ~ raut sj pisau kecil yg tajam utk meraut rotan dll; ~ runcing sj pisau tajam yg matanya tirus ke hujung; ~ sadap sj pisau utk menyadap mayang kelapa dll; ~ wali sj pisau kecil yg tajam utk mengukir dll; berapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia prb kata-kata seseorang itu lebih tajam drpd senjata; bermain ~ luka prb seseorang yg melakukan kejahatan akan me­rasakan akibatnya; spt ~ raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul prb kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan per­tolongan orang lain; tajam ~ kerana diasah prb jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : ; burung ~ raut sj burung, burung kendi, Numenius phaeopus variegatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : besi tipis yg tajam serta berhulu dan digunakan utk menghiris dll. ~ cukur a. pisau yg digunakan utk bercukur. b. ki perempuan yg suka menghabiskan harta atau wang lelaki. ~ dapur pisau yg digunakan di dapur utk menyiang sesuatu yg hendak dimasak dsb. ~ getah pisau yg digunakan utk menoreh pokok getah. ~ lipat pisau yg matanya dpt dilipat ke dlm hulunya. ~ makan (meja) pisau yg digunakan utk memotong daging dsb ketika makan. ~ raut pisau kecil utk meraut rotan dll. ~ wali pisau kecil utk mengukir dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisau raut ulu sekerat,
     Pakai anak panglima desa;
Dari laut naik ke darat,
     Memang nak cari senjata yang bisa.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Pisau bongkok melukakan sarungnya.

Bermaksud :

Mengkhianati orang yang melindunginya.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adalah semua kata bandingan semacam (bagai, seperti, umpama, laksana, bak, macam) boleh digunakan untuk semua perbandingan yang menunjukkan keserupaan contohnya -manis seperti madu/ manis umpama madu / manis laksana madu -tajam bak pisau / tajam macam pisau / tajam laksana pisau

Bandingan semacam ialah sejenis bahasa kiasan yang menunjukkan sifat, keadaan seseorang atau sesuatu benda secara perbandingan mengikut konteks. 

Contoh bandingan semacam yang diberikan seperti “manis seperti madu”, “manis umpama madu”, “manis laksana madu”, “tajam bak pisau” dan “tajam macam pisau” adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan bandingan semacam bagi “tajam laksana pisau” kurang sesuai digunakan dari segi darjah perbandingan aspek keindahan atau keelokan sesuatu. Contoh penggunaan bandingan semacam yang sesuai bagi perkataan “laksana” ialah “Pasangan pengantin itu laksana cincin dengan permata”.

Penggunaan bandingan semacam perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lama web prpm.dbp.gov.my

Tatabahasa12.03.2024
Pisau yang tajam itu baru diasah oleh ayah. (Adakah struktur ayat ini betul ?)Struktur ayat "Pisau yang tajam itu baru diasah oleh ayah" tidak sesuai maknanya, kerana pisau yang tajam tidak perlu diasah kecualilah perbuatan itu disengajakan untuk menajamkan lagi pisau. Tatabahasa23.06.2009
Salam sejahtera. 1. Ibu memotong sayur dengan pisau. 2. Ibu memotong sayur dengan menggunakan pisau. Ada pihak yg berpandangan ayat 1 ialah ayat tunggal dan fungsi " dengan" dlm ayat 2 menjadikannya ayat majmuk. Mohon pandangan tuan. Terima kasih.Ayat 1 "Ibu memotong sayur dengan pisau" merupakan ayat yang gramatis dan betul. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama "dengan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Oleh itu, perkataan "menggunakan" tidak perlu ditulis kerana perkataan ini akan membawa kelewahan dalam ayat.

Ayat "Ibu memotong sayur dengan pisau" merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada subjek (Ibu) dan predikat (memotong sayur dengan pisau). "Memotong" ialah kata kerja, "sayur" ialah objek dan "dengan pisau" ialah keterangan.

Ayat ini bukanlah ayat majmuk kerana ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cata tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.
Tatabahasa23.04.2018
Kata ganti nama ia bolehkah diguna untuk benda seperti pisau dll cth ayat . Pisau itu tajam kerana ia baru diasah oleh datuk.Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ia merupakan kata ganti diri ketiga untuk manusia, juga untuk benda, perkara dan sebagainya.Lain-lain27.01.2014
Saya memotong sayur dengan pisau. Atau Saya memotong sayur dengan menggunakan pisau. Kedua-dua mana satu yang betul? Jika salah satu ayat betul, perkataan"dengan" ialah kata apaAyat yang betul ialah "Saya memotong sayur dengan pisau". Kata "dengan" merupakan kata sendi nama. Untuk rujukan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. Tatabahasa11.02.2022
Saya memotong sayur dengan pisau. Atau Saya memotong sayur dengan menggunakan pisau. Kedua-dua mana satu yang betul? Jika salah satu ayat betul, perkataan"dengan" ialah kata apaAyat yang betul ialah "Saya memotong sayur dengan pisau". Kata "dengan" merupakan kata sendi nama.Tatabahasa01.02.2022
bolehkah "dengan menggunakan" diguna bersama? contohnya: a) Emak memotong daging dengan menggunakan pisau. b) Emak memotong daging dengan pisau. c) Emak memotong daging menggunakan pisau. ayat manakah yang betul?Tuan,

Rangkai kata “dengan menggunakan” boleh digunakan bersama-sama kerana perkataan “dengan” dalam contoh ayat yang diberikan merupakan kata sendi yang membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Sehubungan dengan itu, ketiga-tiga contoh ayat betul.
Tatabahasa15.04.2019
ibu menggunakan pisau tajam untuk menghiris timun.apakah jawapannya?Sila kemukakan soalan tuan dengan jelas. Soalan yang diberi ialah ayat penyata dan tidak memerlukan jawapan.Tatabahasa02.08.2016
Yang mana satukah betul penggunaan tanda baca? Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu dan cawan. atau Bahan-bahan yang perlu dibawa seperti roti, pisau, sudu, dan cawan.Penggunaan tanda baca yang betul ialah pada contoh ayat pertama:

...seperti roti, pisau, sudu dan cawan.
Tatabahasa01.04.2014
adakah betul: saya mempertajam pisau itu kerana sudah tumpul. atau mempertajam pisau yang sudah tumpul itu. Arang itu diperalat oleh ali untuk melukis gambar.Kesemua contoh ayat yang dikemukakan oleh saudara adalah betul Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat terperinci berkaitan ayat-ayat di atas, saudara boleh membuat rujukan pada Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP.Lain-lain05.03.2007
12345

Kembali ke atas