Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : sj besi tipis yg tajam dan berhulu utk memotong (menghiris dll); ~ belati sj pisau kecil yg tajam (digunakan oleh kelasi kapal); ~ calung sj pisau besar yg bengkok hujungnya utk menebas belukar; ~ cukur (pencukur) a) sj pisau yg tajam utk mencukur rambut; b) ki perempuan yg suka menghabiskan wang (harta) lelaki; ~ dapur pisau yg digunakan di dapur; ~ getah sj pisau yg digunakan utk menoreh getah; ~ lipat sj pisau yg matanya (bilahnya) boleh dilipat; ~ makan = ~ meja sj pisau yg digunakan utk memotong daging waktu makan; ~ raut sj pisau kecil yg tajam utk meraut rotan dll; ~ runcing sj pisau tajam yg matanya tirus ke hujung; ~ sadap sj pisau utk menyadap mayang kelapa dll; ~ wali sj pisau kecil yg tajam utk mengukir dll; berapakah tajam ~ parang, tajamlah lagi mulut manusia prb kata-kata seseorang itu lebih tajam drpd senjata; bermain ~ luka prb seseorang yg melakukan kejahatan akan me­rasakan akibatnya; spt ~ raut, bongkok orang boleh dibetulkan, bongkok sendiri tak boleh betul prb kesusahan orang dapat diselesaikan tetapi kesusahan sendiri berkehendakkan per­tolongan orang lain; tajam ~ kerana diasah prb jadi berani kerana dihasut, jadi pintar kerana diajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : ; burung ~ raut sj burung, burung kendi, Numenius phaeopus variegatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.sau] | ڤيساو

Definisi : besi tipis yg tajam serta berhulu dan digunakan utk menghiris dll. ~ cukur a. pisau yg digunakan utk bercukur. b. ki perempuan yg suka menghabiskan harta atau wang lelaki. ~ dapur pisau yg digunakan di dapur utk menyiang sesuatu yg hendak dimasak dsb. ~ getah pisau yg digunakan utk menoreh pokok getah. ~ lipat pisau yg matanya dpt dilipat ke dlm hulunya. ~ makan (meja) pisau yg digunakan utk memotong daging dsb ketika makan. ~ raut pisau kecil utk meraut rotan dll. ~ wali pisau kecil utk mengukir dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisau raut ulu sekerat,
     Pakai anak panglima desa;
Dari laut naik ke darat,
     Memang nak cari senjata yang bisa.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Pisau bongkok melukakan sarungnya.

Bermaksud :

Mengkhianati orang yang melindunginya.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pisau walipisau waliKesenianTiadaPisau ukir yang bermata besi berukuran 10 hingga 16 cm, berhulu kayu, digunakan untuk menyilat, melembutkan silat dan corak. Sinonim: pisau raut, lungga, pisau ukir, obpit, pais
pisau rautpisau rautKesenianTiadaPisau ukir yang bermata besi berukuran 10 hingga 16 cm, berhulu kayu, digunakan untuk menyilat, melembutkan silat dan corak. Sinonim: lungga, pisau ukir, obpit, pais.
palette knifepisau paletKesenianTiada2. Pisau palet: Pisau untuk memalit atau mengadun cat.
pisau nipispisau nipisKesenianTiadaAlat yang digunakan untuk membuang sisi-sisa ikatan yang berlebihan atau membelah rotan kecil.
lunggalunggaKesenianTiadaPisau ukir yang bermata besi berukuran 10 hingga 16 cm, berhulu kayu, digunakan untuk menyilat, melembutkan silat dan corak. Sinonim: pisau raut, lungga, pisau ukir, obpit, pais.
pisau ukir (Baj., Sam.)pisau ukir (Baj., Sam.)KesenianTiadaPisau ukir yang bermata besi berukuran 10 hingga 16 cm, berhulu kayu, digunakan untuk menyilat, melembutkan silat dan corak. Sinonim: psau raut, lungga, obpit, pais.
pisau larik (Baj., Sam.)pisau larik (Baj., Sam.)KesenianTiadaPisau daripada logam yang tajam di hujung, bermata sedikit serong, digunakan untuk melarik dan membaut bunga, penyudah pada ukiran, khususnya untuk ukir gores.
obpit (Ir.)obpit (Ir.)KesenianTiadaPisau ukir yang bermata besi berukuran 10 hingga 16 cm, berhulu kayu, digunakan untuk menyilat, melembutkan silat dan corak. Sinonim: pisau raut, lungga, pisau ukir, pais
hydrobladepisau selamPerikananTiadaPisau khusus pelbagai guna yang digunakan oleh penyelam. Pisau ini boleh digunakan sama ada untuk melepaskan diri sekiranya penyelam tersangkut, memungut sampel di dasar laut atau sebagai alat mempertahankan diri daripada serangan ikan yang ganas.
pais (Du., Kdz.)pais (Du., Kdz.)KesenianTiadaPisau ukir yang bermata besi berukuran 10 hingga 16 cm, berhulu kayu, digunakan untuk menyilat, melembutkan silat dan corak. Sinonim: pisau raut, lungga, pisau ukir, obpit.
12345678910...

Kembali ke atas