Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pis.tol] | ڤيستول

Definisi : sj senjata api berlaras pendek dan kecil; ~ air sj permainan kanak-kanak yg berbentuk pistol dan menggunakan air sbg pelurunya; ~ angin pistol yg menggunakan tekanan udara utk menembakkan pelurunya; memistol menembak dgn menggunakan pis­tol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pis.tol] | ڤيستول

Definisi : senjata api yg kecil dan pelurunya dpt ditembakkan dgn sebelah tangan saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pistol


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PISTOL

Pistol ialah senjata api yang dikendalikan dengan

sebelah tangan. Jenis senapang yang lain seperti

raifal dan mesingan, memerlukan penggunaan

kedua-dua belah tangan, tripod (kaki tiga) atau

penopang tembakan.

UMUM 
SENAPANG BATU

Senapang batu ialah mekanisme menembak

yang digunakan dalam pistol, senapang lantak, dan

lain-lain senjata api semenjak kira-kira tahun 1620

hingga pertengahan tahun 1800-an. Senjata

senapang batu mengandungi sekeping batu api

diselitkan dalam sekeping bahan yang yang

dinamakan sebagai pencekah . Apabila picu dipetik,

pencekah akan terlantak ke hadapan dan batu api

akan membidas sekeping besi pada paksi lalu

mengeluarkan percikan api. Pada masa yang sama,

piring kecil yang berisi serbuk bedil akan meletup.

Percikan api akan menyebabkan serbuk bedil

meletup dan mencucuh peledak utama di dalam

laras. Senapang batu mungkin merupakan separuh

cekah , iaitu dalam keadaan selamat – atau cekah

penuh dan sedia untuk menembak. Senjata

senapang batu kemudiannya digantikan oleh

senjata api yang menggunakan tudung tukulan.

Lihat juga Senapang lantak; Senjata api.

UMUM 
MAKMAL POLIS

Makmal polis ialah makmal tempat pakar

menganalisis, mengenal pasti, dan mentafsir bukti

yang berkaitan dengan jenayah. Serpihan kaca atau

pistol yang dijumpai bersama orang yang disyaki

mungkin padan dengan pecahan kaca atau peluru

yang diambil dari tempat kejadian jenayah. Pola

kesan darah berhampiran mayat boleh

menunjukkan bagaimana pembunuhan dilakukan.

Bukti lain termasuk dokumen, ubat, narkotik, serat,

cap jari, bulu, rambut dan tanah. Pasukan polis

yang besar menyelenggara makmal sendiri.

UMUM 
PASUKAN HUSSAR

Pasukan Hussar ialah pasukan askar berkuda

Eropah yang bersenjata ringan seperti karbain,

pedang, dan kadangkala pistol.

UMUM 
SENJATA API

Senjata api ialah sebarang senjata yang

menggunakan serbuk letupan untuk

menembakkan peluru atau kelongsong.

Umumnya, istilah ini digunakan untuk senjata api

ringan seperti raifal, senapang patah, dan pistol.

Ia biasanya dikenali sebagai senjata api ringan .

Senjata api yang lebih berat biasanya dirujuk

kepada artileri .

UMUM 
SENAPANG LANTAK

Senapang lantak ialah senjata api yang

digunakan oleh askar infantri sebelum wujudnya

raifal yang sempurna. Nama ini pertama kali

digunakan di Itali pada tahun 1500-an untuk

memerikan pistol yang berat. Ia mungkin berasal

daripada perkataan Itali moschetto yang bermakna

anak helang atau daripada nama pereka Itali,

Moshetta dari Feltro. Sesetengah orang percaya

bahawa senapang lantak berasal dari Muscovy,

iaitu nama awal Rusia.

UMUM 
SENAPANG PATAH

Senapang patah ialah senapang bahu yang

melepaskan kartrij yang mengandungi serbuk

peledak dan muatan peluru-peluru logam kecil,

yang dikenali sebagai syot. Syot tersebut akan

tersebar di kawasan yang luas. Ia lebih mudah

untuk mengenai sasaran yang bergerak

berbanding dengan peluru tunggal daripada

senapang atau pistol. Pada asasnya senapang

patah ialah senapang perburuan. Peluru penabur

senapang patah dikenali sebagai syot kecil.

Peluru yang lebih besar yang dikenali sebagai

syot besar, digunakan untuk menembak haiwan

seperti rusa.

UMUM 
PERANG TANDING

Perang tanding ialah satu bentuk pertarungan

bersenjata antara dua orang. Ia dijalankan

mengikut satu set undang-undang atau peraturan

dan biasanya dilakukan dengan kehadiran

beberapa orang saksi. Sejak zaman dahulu

hinggalah pada tahun 1800-an, golongan atasan

biasanya menyelesaikan persengketaan peribadi

dengan menggunakan senjata. Biasanya mereka

menggunakan pedang atau pistol. Perang tanding

boleh berpunca daripada pertelingkahan

mengenai harta, menuduh seseorang sebagai

pengecut, gangguan terhadap keluarga atau

maruah peribadi, serta penipuan dalam perjudian.

UMUM 

Kembali ke atas