Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pita merah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
red tapepita merahPentadbiranPentadbiran Awam

Perkara-perkara yang mengganggu, melambatkan dan menghalang kelancaran pengurusan khususnya dalam konteks pembuatan keputusan birokratik. Biasanya pita merah dikaitkan dengan sikap atau cara kerja kakitangan dalam sesebuah organisasi yang suka melengah-lengahkan kerja dan memberikan lebih perhatian kepada perkara-perkara yang kurang penting, manakala perkara-perkara yang penting dilakukan secara sambil lewa. Keadaan ini boleh menyumbang kepada corak pengurusan dan pentadbiran yang lemah. Pita merah bukan sahaja wujud dalam hal ehwal pentadbiran kerajaan, tetapi juga wujud dalam pertubuhan-pertubuhan lain seperti syarikat, agensi dan NGO. Pita merah juga dikenali sebagai kerenah birokrasi.

red tapepita merahKejuruteraanTiadaTiada
red tapepita merahGeografiTiadaTiada
red tapepita merahSains PolitikTiadaTiada
red tapepita merah;birokrasiSejarahTiadaProsedur birokrasi khusus yang mempunyai banyak peraturan yang memerlukan penelitian yang rapi yang melambatkan satu proses pentadbiran.
flexible managementpengurusan fleksibelPentadbiranPentadbiran Awam

Cara dan kaedah mentadbir atau mengurus organisasi secara luwes dan anjal bagi memudah serta mempercepat pencapaian matlamat dan wawasan yang telah ditetapkan. Pengurusan fleksibel merangkumi kepimpinan yang telus, keharmonian hubungan majikan-pekerja dan kemudahan infrastruktur yang lengkap. Biasanya, kaedah pengurusan organisasi ini tidak terikat secara langsung dengan karenah birokrasi dan pita merah (red-tape), yang boleh menjejaskan operasi sesebuah organisasi. Bentuk pengurusan ini juga mampu mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan efisien. Pengurusan fleksibel akan mewujudkan budaya kerja yang lebih kondusif dan memudahkan segala urusan.


Kembali ke atas