Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.tam] | ڤيتم

Definisi : hilang kesedaran dan pelihatan buat seketika akibat kekurangan bekalan darah ke otak; ~ babi gila babi, sawan babi, penyakit ayan; naik ~ ki naik darah, terlalu marah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.tam] | ڤيتم

Definisi : pening kepala atau berasa semua benda di sekitar berpusing kerana darah naik ke kepala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pitam (adjektif)
Bersinonim dengan pengsan, koma, hilang ingatan, hilang akal, selap.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELARAN MATAHARI

Selaran matahari ialah keradangan kulit yang

menyakitkan disebabkan oleh pendedahan yang

berlebihan kepada cahaya matahari. Keadaan ini

mungkin hanya merupakan sedikit kemerahan pada

kulit, yang hilang dalam masa beberapa jam, atau

bengkak, lecur, dan kemerahan yang teruk pada

kulit, yang mengelupas sebelum ia sembuh. Selaran

yang teruk boleh menyebabkan rasa sejuk, pitam,

demam, dan lemah. Pendedahan yang

berpanjangan dan berulang-ulang kepada cahaya

matahari boleh juga menyebabkan ketuaan kulit

sebelum masanya dan kanser kulit.

UMUM 
ANOKSIA

Anoksia ialah kekurangan bekalan normal

oksigen kepada tisu badan, atau ketakupayaan tisu

menggunakan oksigen. Ia juga dinamakan hipoksia .

Anoksia anoksik berlaku apabila darah yang

mengalir menerusi paru-paru tidak membawa

cukup oksigen. Ini boleh berlaku apabila tidak

cukup oksigen di udara, seperti, pada ketinggian

3000 meter ke atas. Darah juga boleh gagal

membawa cukup oksigen oleh sebab kecacatan

paru-paru atau oleh sebab halangan dalam saluran

udara yang terlibat semasa bernafas. Pernafasan

yang cepat dan panjang adalah gejala biasa anoksia

anoksik. Keadaan ini biasanya disertai oleh

sianosis , pewarnaan kebiru-biruan pada kulit. Kes

yang teruk boleh menyebabkan pitam, malah

kematian.

UMUM 

Kembali ke atas