Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pitch


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan untuk "pitch" dalam bidang perniagaan...contohnya , RTM mengadakan Pitching.....xxxx Terima kasihUntuk makluman tuan, dalam data kami, tiada perkataan pitch yang digunakan dalam bidang perniagaan. Dalam data kami, terdapat pelbagai padanan bahasa Melayu bagi pitch yang digunakan dalam pelbagai bidang mengikut konsep yang tertentu. Tuan boleh merujuk PITCH">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=PITCH bagi maksud pitch atau boleh menghubungi Institut Terjemahan Buku Malaysia untuk terjemahan bahasa Melayu yang tepat.Penyemakan dan penterjemahan14.08.2014
Apakah terjemahan "Bussiness Pitch" dalam bahasa melayu?Belum ada terjemahan business pitch. Berdasarkan semakan kami, pitch bermaksud kawasan dan dalam konteks tersebut kawasan para usahawan membincangkan hal ehwal perniagaan. Cadangan kami business pitch diterjemahkan kepada medan perniagaan jika tumpuannya kepada tempat atau kumpulan perniagaan jika tumpuannya kepada pelaku yang terlibat dalam aktiviti tersebut.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2017
Apakah erti atau maksud "Pitch lever" yang disebut dalam komponen jet pejuang/ kapal terbang?Kami mencadangkan pitch lever diterjemahkan sebagai "tuil anggul". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah12.03.2022
Adakah DBP mempunyai terjemahan untuk 'pitch' yang khusus untuk erti 'jarak antara bebenang skru atau gerigi gear'?Kami mencadangkan "pitch" diterjemahkan sebagai "pic". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah10.04.2022
apakah terjemahan untuk Pitching (bidang muzik).terima kasihUntuk makluman, tidak terdapat istilah "pitching" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "pitch" dalam bidang muzik yang padanan bahasa Melayunya ialah pic. Maksud pic dalam Kamus Seni Muzik ialah: not muzik yang boleh dikaitkan dengan simbol not muzik secara bertulis atau bunyi not muzik.Istilah10.10.2013
Assalamualaikum. Boleh bantu saya untuk terjemahkan perkataan 'editorial pitching' terma yang selalu digunakan dalam industri perhubungan awam, di mana ia adalah salah satu gerak kerja oleh pegawai perhubungan awam untuk menyakinkan pihak editorial media untuk mengeluarkan sesuatu bahan berita di medium mereka. Terima kasihPadanan bahasa Melayu untuk perkataan "editorial pitch" ialah nota editor, tinta editor atau catatan editor bergantung pada konteks dan penggunaan ayat.Makna22.04.2021
Mohon penjelasan penggunaan mukasurat bagi surat rasmi yang lebih daripada satu muka. Di surat pertama dipenjuru kanan bawah diletakkan ...2/- dan muka surat seterusnya diletakkan mukasurat sebenar surat di tengah-tengah bawah surat. Soalan saya jika surat yang dikeluarkan mempunyai tiga atau lebih bagimana cara pemberian mukasurat, terima kasih.

Format surat rasmi boleh dirujuk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, halaman 43 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Semua jabatan dalam sektor awam, termasuk DBP  merujuk pekeliling ini.  Saudara bolehlah melayari laman sesawang JPA untuk maklumat lanjut.  

Lain-lain12.09.2022
Apakah definisi bagi istilah atau bidang 'falsafah bahasa'. Adakah DBP mempunyai pangkalan definisi daripada pengkaji-pengkaji saintifik yang pernah mendefinisikan bidang ini melalui penyelidikan.
Mengikut bidang linguistik, "falsafah bahasa" berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "philosophy of language". Sekiranya pihak saudara/saudari ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan "falsafah bahasa" tersebut, saudara/saudari bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka melalui sistem Katalog Awam dalam Talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/. Berdasarkan semakan kami menggunakan Sistem KAWAT, terdapat banyak bahan rujukan berkaitan dengan “falsafah bahasa” di Pusat Dokumentasi Melayu.
Tatabahasa02.05.2022

Kembali ke atas