Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.tis] | ڤيتيس

Definisi : 1. sj mata wang pd zaman dahulu; 2. duit, wang: ada ~ semua kerja jadi; ~ garis wang yg terkecil (bernilai 1/48 ketip); ~ habis, keinginan tiba prb keinginan (ke­mahuan dll) datang setelah jatuh miskin; ~ sekupang genap hendak membeli kancah berkerawang, nuri pandai berkata prb a) keadaan yg serba salah; b) keinginan ada tetapi tenaga tidak kesampaian; pitisan beberapa banyak wang (pitis). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pitis

Peribahasa

Pitis habis keinginan tiba.

Bermaksud :

Keinginan datang bukan pada tempatnya. pitis = wang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pitispitisKesenianTiadaMotif tenunan berunsur benda berbentuk syiling tradisional.
half rhyme/oblique rhymerima sumbangKesusasteraanPuisi1.Bunyi vokalnya sama atau hampir sama, namun bunyi konsonan yang mendahuluinya berbeza. Contohnya, seperti di bawah. Cacak galah di tepi tebing , Pucuk nipah kelibatan; Sudah rosak cindai keling, Rosak di dalam pelipatan. Rima bing dan ling adalah rima sumbang. 2.Rima yang terbentuk di hujung setiap baris dalam sesuatu untai atau rangkap puisi namun ada yang tidak sa ma . Contohnya, rangkap ketiga dalam puisi "Di Atas di Bawah" dalam kumpulan Pengantin Laut karya J.M. Aziz. Pitis di atas pitis tersenyum manis pitis di atas pitis bercantum kasih Rima /sih/ yang terdapat pada baris keempat adalah rima sumbang kerana berlainan daripada rima-rima yang terdapat pada baris satu, dua dan tiga.

Kembali ke atas