Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[piuh] | ڤيوه

Definisi : ; ~-pilin putar balik (percakapan dll), tipu helah; berpiuh berpilin, berpulas, berputar; berpiuh-piuh 1. berpilin-pilin spt dipintal (tali, rambut dll); 2. lilit-melilit, saling me­milin; memiuh 1. memegang sesuatu lalu memilin (memutar); 2. memulas (sakit perut): perut ~; ~-miuh tangan meramas-ramas tangan; terpiuh 1. terpilin, terpulas; 2. tergeliat, ter­pelecok (kaki, tangan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[piuh] | ڤيوه

Definisi : ; berpiuh berpulas spt dipintal: Rambutnya ~ sedikit hujungnya. memiuh memegang sesuatu lalu memulas atau memilin benda tsb: ~ tangan orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata piuh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan/Puan. Apakah terjemahan yang sesuai bagi istilah "CNC Twist Drill Flute Grinding Machine"? Sekian, terima kasih.Istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah mesin canai flut gerudi piuh kawalan berangka terkomputer (CNC).Istilah02.02.2016

Kembali ke atas