Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.do] | ڤودو

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Podo­carpaceae, jati, kebal musang, ru bukit, setada, (di Sabah, kayu cina, lampias atau rampayan), landin (Sarawak), Podocarpus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata podo


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
MGRpodoPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu lembut. Nama piawai bagi kayu Podocarpus spp. daripada famili Podocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah jati, kebal musang, ru bukit, dan setada, di Sabah ialah kayu cina, lampias, dan rampayan, dan di Sarawak ialah landin. Spesies utama kayu ini termasuk Podocarpus polystachyus, P. neriifolius, dan P. wallichianus. Gubal dan teras podo sukar dibezakan, dan biasanya berwarna kuning muda atau coklat keemasan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 735 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu lembut. Kayu ini mudah dikerjakanb dan dikeringkan, tetapi tidak tahan jiga digunakan di kawasan terdedah. Kayu podo digunakan untuk hiasan dalaman, papan panel, perabot mahal, dan papan lapis hiasan.
coniferkoniferPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTumbuhan yang tergolong dalam order Coniferales dalam divisi Gymnospermae. Tumbuhan ini menghasilkan kon, dan mempunyai daun yang menyerupai jarum atau sisik. Konifer menjadi sumber kayu dagangan, dan lebih dikenali sebagai kayu lembut. Kayu konifer dagangan dari Malaysia ialah damar minyak, sempilur, dan podo.
softwoodskayu lembutPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTumbuhan Gymnospermae yang menghasilkan kayu. Struktur sel kayu lembut terdiri daripada trakied, trakeid ruji dan parenkima, tetapi tidak mengandungi vesel atau liang. Spesies dagangan kayu lembut biasanya dari order Coniferales. Contoh utama kayu dagangan ialah sprus dan pain, dan di Malaysia ialah damar minyak, sempilur, dan podo. Sin: kayu konifer.

Kembali ke atas