savana | savana | Geografi | Tiada | Padang rumput tropika atau sub-tropika yang mempunyai vegetasi yang tahan kekeringan dan pohon-pohon yang tumbuh berselerak. |
savana | savana | Geologi | Tiada | Padang rumput tropika atau sub-tropika yang mempunyai vegetasi yang tahan kekeringan dan pohon-pohon yang tumbuh berselerak. |
land accretion | penambahan tanah | Kejuruteraan | Tiada | Memperoleh tanah di kawasan berair, seperti paya atau berhampiran laut, dengan cara menanam pohon-pohon maritim untuk menggalakkan pengendapan kelodak atau dengan cara membuang bahan-bahan korekan di kawasan yang berkenaan. |
land reclamation | penebusgunaan tanah | Kejuruteraan | Tiada | Memperoleh tanah di kawasan berair, seperti paya atau berhampiran laut, dengan cara menanam pohon-pohon maritim untuk menggalakkan pengendapan kelodak atau dengan cara membuang bahan-bahan korekan di kawasan yang berkenaan. |
sedentary | sedentari | Biologi | Patologi | Sifat patogen, biasanya digunakan terhadap nematod atau perosak yang lain, yang tidak bergerak aktif. Oleh yang demikian perkembangan gejala penyakit dari satu pohon ke pohon yang lain berlangsung dalam kadar yang perlahan. bd. berpindah. |
maidenhair tree | pohon dara | Perhutanan | Tiada | Pohon Gonkgo biloba yang mempunyai daun berbentuk kipas dan buah berwarna kuning. |
maidenhair tree | pohon dara | Perhutanan | Pengurusan Hutan | Pohon Gonkgo biloba yang mempunyai daun berbentuk kipas dan buah berwarna kuning. |
kayon | kayon | Kesusasteraan | Tiada | Gunungan atau pohonan yang melambangkan kosmos. Dalam teater wayang kulit, kayon ditampilkan dalam bentuk ukiran pohon abstrak dengan segala bunga, burung, kera dan haiwan lain. Perdunya diapit oleh sepasang haiwan, sama ada sepasang harimau, singa, gajah, lembu liar atau gabungan haiwan lain. Pohon yang diukir dalam kayon mewakili dua simbol mistik agama Hindu. Simbol pertama ialah Pohon Kehidupan yang memelihara semua haiwan dan dianggap sebagai simbol Pohon Meramalkan Nasib memaparkan simbol matahari. Simbol kedua ialah kayon melambangkan Gunung Mahameru, gunung mistik dewa dan gunung dunia. Dalam persembahan wayang kulit, kayon melambangkan tirai apabila dipacakkan sebelum bermula dan selepas persembahan. Kayon ini juga melambangkan perkara lain. Contohnya, apabila digetarkan, kayon menandakan ketenteraman kosmos diganggu; apabila diletakkan melintang, kayon mewakili permukaan air; apabila dipacakkan di kelir, kayon menandakan sebagai pohon atau hutan; dan apabila dipacakkan condong di tepi kelir, kayon menandakan masa rehat. |
image | citra | Kesusasteraan | Puisi | Gambaran yang dibentuk secara konkrit tentang sesuatu pengalaman yang dialami oleh seseorang penyair sama ada yang berhubung dengan alam dan keindahannya mahupun yang berhubungan dengan sesuatu objek atau artifak. Dengan memunculkan sesuatu citra itu dengan jelas, pembaca boleh memahami dan menghayati pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. Contohnya, petikan daripada puisi "Kampung yang Sakit'' karya Zam Ismail. Pohon-pohon pucat Seekor kucing kurus di jambatan Menanti kepulangan cahaya pagi. |