Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.ko/] | ڤوکوق

Definisi : 1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya, kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~, bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek, tembikai. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ penanti pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses cantuman. ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon, spt pain, fir. berpokok berasas (pd); berdasar (pd). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pokok (kata nama)
Bersinonim dengan pohon, tumbuhan, tumbuh-tumbuhan, semak, samun, flora;,
Kata Terbitan : berpokok,

Puisi
 

Pokok rumbia pokok dedap,
     Manakan sampai si pokok jambu;
Sedangkan lebai lagikan tersilap,
     Inikan pula kurang ilmu.


Lihat selanjutnya...(126)
Peribahasa

Dilihat galas berlaba,
     dihitung pokok termakan.

Bermaksud :

Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi. (Peribahasa lain yang sama makna: Dibilang genap, dipapar ganjil).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Johor

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
takas[tA.kAs]kata kerjamencantas dengan parang (dahan pokok); seboi.Abes pokok jambu tu die takas.[A.bes po.ko/ dZAm.bu tu di.j« tA.kAs]Habis pokok jambu itu dia cantas dengan parang.
bongkes[boN.kes]kata kerjatumbang (pokok).Lepas ujan lebat, banyak pokok bongkes.[l«.pAs u.dZAn l«.bAt bA.øA/ po.ko/ boN.kes]Selepas hujan lebat, banyak pokok tumbang.
nyerigai[ø«.Äi.gAj]kata kerjamemanjat.Jangan nyerigai, pokok tu tinggi, jatoh karang.[dZA.NAn ø«.Äi.gAj po.ko/ tu tiN.gi dZA.toh kA.ÄAN]Jangan memanjat, pokok itu tinggi, nanti jatuh.
mereket[m«.Äe.ket]kata adjektifbadan, tumbuh-tumbuhan yang tidak mahu membesar atau segar.Pokok tu tumboh mereket.[po.ko/ tu tum.boh m«.Äe.ket]Pokok itu tumbuh tetapi tidak mahu membesar.
rengges[ÄeN.ges]kata adjektifberkurangan atau semakin susut akibat sesuatu.Daon pokok itu rengges kene makan ulat.[dAon po.ko/ i.tu ÄeN.ges k«.n« mA.kAn u.lAt]Daun pokok itu semakin berkurangan kerana dimakan ulat.
bedoyon[b«.do.jon]kata kerjahampir tumbang.Jangan diri kat situ, pokok tu dah bedoyon.[dZA.NAn di.Äi kAt si.tu po.ko/ tu dAh b«.do.jon]Jangan berdiri di situ, pokok itu hampir tumbang.
terenah[t«.Ä«.nAh]kata adjektifjarang terjadi.Terenah pokok serai bebunge, kalau dapat boleh buwat obat.[t«.Ä«.nAh po.ko/ s«.ÄAj b«.bu.N« kA.lAw dA.pAt bo.leh bu.wAt ]Jarang terjadi pokok serai yang berbunga, kalau ada boleh buat ubat.
tengkarap[t«N.kA.ÄAp]kata adjektifmusnah.Habes tengkarap anak-anak pokok sebab banje.[hA.bes t«N.kA.ÄAp A.nA/.A.nA/ po.ko/ s«.bAb bAn.dZe]Musnah habis anak-anak pokok itu disebabkan banjir.
tesesel[t«.se.sel]kata kerjaterserlah bahagian dalam kerana kulit yang menutupnya terkupas.Batang pokok tu tesesel langga dik lori.[bA.tAN po.ko/ tu t«.se.sel lAN.gA di/ lo.Äi]Bahagian dalam batang pokok itu terserlah keluar dilanggar lori.
daon genggang[dA.won geN.gAN] pokok yang daunnya digunakan untuk mengubat penyakit kulit.   
12

Kembali ke atas