Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.la] | ڤولا

Definisi : 1. lukisan utk contoh batik; 2. corak ba­tik (tenun dll), ragi, suri; 3. contoh, model, patrun: kadang-kadang ~ yg diambil utk pembentukan kata baru itu terdapat dlm bahasa daerah pula; ada empat ~ ayat dlm bahasa Melayu; berpola mempunyai pola: sampel ~; berpolakan menggunakan sesuatu sbg pola: sajak “Balada Pemuda dan Dara” ~ sajak-sajak W. S. Rendra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.la] | ڤولا

Definisi : 1 gambar yg digunakan utk contoh batik. 2 corak batik (tenunan dll). 3 corak atau cara (bkn pemerintahan dsb): Pemerintahannya mengikut ~ pemerintahan Inggeris. 4 bentuk, diagram atau model yg diikut apabila membuat sesuatu: ~ ayat contoh susunan kata utk membentuk ayat; acuan ayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pola (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan corak: bunga, awan, reka bentuk, ragi, suri,

2. Bersinonim dengan model: contoh, sampel, patrun.,



Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
polapatternAturan atau corak tertentu dalam senarai nombor atau objek.Menengah Atas
polapatternAturan atau corak tertentu dalam senarai nombor atau objek.Menengah Rendah
polapatternCorak tertentu dalam senarai nombor atau objek yang disusun. Lihat ContohSekolah Rendah
jujukansequenceSatu susunan nombor yang mempunyai pola tertentu yang setiap satunya dinamai sebutan.Menengah Rendah
tertiborderSusunan nombor atau objek mengikut urutan atau pola.Sekolah Rendah
jujukansequenceSatu set nombor atau objek yang disusun mengikut pola tertentu.Menengah Atas
sampel rawakrandom sampleSampel yang diambil secara rambang, iaitu tanpa mengikut aturan atau pola tertentu daripada sesuatu populasi. Unsur-unsur dalam sampel rawak mempunyai peluang yang sama untuk dipilih.Menengah Atas

Kembali ke atas