Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.la] | ڤولا

Definisi : 1. lukisan utk contoh batik; 2. corak ba­tik (tenun dll), ragi, suri; 3. contoh, model, patrun: kadang-kadang ~ yg diambil utk pembentukan kata baru itu terdapat dlm bahasa daerah pula; ada empat ~ ayat dlm bahasa Melayu; berpola mempunyai pola: sampel ~; berpolakan menggunakan sesuatu sbg pola: sajak “Balada Pemuda dan Dara” ~ sajak-sajak W. S. Rendra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.la] | ڤولا

Definisi : 1 gambar yg digunakan utk contoh batik. 2 corak batik (tenunan dll). 3 corak atau cara (bkn pemerintahan dsb): Pemerintahannya mengikut ~ pemerintahan Inggeris. 4 bentuk, diagram atau model yg diikut apabila membuat sesuatu: ~ ayat contoh susunan kata utk membentuk ayat; acuan ayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pola (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan corak: bunga, awan, reka bentuk, ragi, suri,

2. Bersinonim dengan model: contoh, sampel, patrun.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Boleh berikan maksud 'pola-pola bahasa yang diulang dlm cerita?kalau boleh berikan contoh yang sesuai. 2.apakah maksud Perspektif dan fokus cerita dalam sasteraSoalan pertama saudari tidak jelas. Berkenaan dengan soalan kedua pula, maksud perspektif dan fokus dalam cerita ialah tema atau motif pengarang. Bahasa Jiwa Bangsa.Lain-lain16.03.2009
namun, pengumpulan jauh sekali penyatuan pola-pola argumentasi mereka mengenai barat masih terdapat jauh sekali usaha menyatukan pandangan-pandangan mereka untuk dimajukan penganalisaan ilmiah kemudiannya terhadap idea-idea mereka.Sila kemukakan soalan puan kerana apa yang dikemukakan tidak jelas.Lain-lain24.01.2017
apakah maksud ayat dasar pola frasa nama + frasa kerja? boleh berikan beberapa contoh pola frasa nama+frasa nama dan pola frasa nama+frasa kerja. terima kasih.Pola Frasa Nama (FN) + Frasa Kerja (FK) bermaksud subjek ayat ialah Frasa Nama dan predikat ayat ialah Frasa Kerja, contohnya: Ali mandi di sungai - Ali (FN) + mandi di sungai (FK). Contoh bagi ayat pola FN + FN, Binatang itu kanggaru. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 468.Tatabahasa01.05.2011
Saya tertarik dengan sessi soaljawab tentang 18 pola selarasan vokal. 1. Bagaimana pula dengan perkataan seperti 'lancong' - ( pola (a-o) tiada di dalam senarai ) yang mempunyai maksud yang berbeza dengan perktaan 'lancung'? 2. Adakah terdapat cara untuk membezakan perkataan yang banyak bunyi ( e taling dan pepet) sepeti ' sepak' dan 'perang'. 3. Adakah terdapat kaedah untuk membezakan e taling dan e-pepet di awal perkataan dalam pola (e-o)berdasarkan vokalnya di dalam perkataan seperti (emas dan emak vs elak dan esak) ? Sekian , terima kasih.

1. Dalam pola keselarasan vokal tidak pola a-o ada dalam sistem ejaan lama; contohnya batok, manakala dalam sistem ejaan baru pola a-o tidak ada lagi yang ada pola a-u; contohnya batuk. Mengenai perkataan lancong berkemungkinan perkataan tersebut ialah kata pinjaman daripada Nusantara, oleh itu kata tersebut tidak tertakluk pada pola keselarasan vokal.

2.Tidak ada cara khusus untuk membezakan antara e pepet dan e taling dalam sesuatu perkataan kecuali melihat pada keseluruhan ayat.; contohnya; ....membersihkan semak-samin di halaman rumah (e pepet), ...semak semua akaun yang ada (e taling).

 

Tatabahasa23.05.2010
As Salam ! Saya keliru dengan pola pantun yang sebenarnya. Kedapatan kini pantun ditulis dengan pola yang agak berbeza daripada pola pantun tradisional iaitu a,b,a,b. Ada pantun yang ditulis rima akhir barisnya a,a,a,a.Yang mana satukah yang betul? Terima kasih.Tuan,

Memang dimaklumi pola pantun yang biasa kita temukan ialah ab, ab. Walau bagaimanapun,  ada  juga terdapat  pantun yang skema rima akhirnya menyamai rima syair iaitu aa,aa. Untuk menentukan  karya itu sebagai sebuah pantun boleh dilihat dari cirinya,  iaitu  ada baris  pembayang dan ada baris maksudnya. Saya kemukakan satu contoh pantun yang skema rimanya aa, aa:

    Seri Mersing lagu Melayu,
        Mari dikarang zaman dahulu;
    Duduk termenung menongkat dagu,
        mengenang nasib dagang piatu.
Sastera03.04.2012
Selamat malam tuan/puan. Di sini saya ingin bertanyakan soalan mengenai pola keselarasan vokal dalam sistem ejaan bahasa Melayu. Terdapat 18 pola keselarasan vokal. Jadi, apakah kepentingan-kepentingan pola keselarasan vokal tersebut dalam sistem ejaan bahasa Melayu?Antara kepentingan pola keselarasan vokal dalam bahasa Melayu ialah sebagai panduan untuk mengeja kata jati bahasa Melayu. Harapmaklum.Tatabahasa28.07.2008
Assalamualaikum... saya nak tanya tentang pola keselarasan vokal. terdapat 18 bentuk pola keselarasan vokal. Bolehkah tolong senaraikan kesemua pola keselarasan tersebut beserta dengan contohnya sekali. Sekian,terima kasih

1. a-u (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu. 

Istilah07.04.2009
Pola ayat : Kasut itu berwarna biru - Frasa Nama + Frasa Adjektif. Tatabahasa 25.01.2011 Hotel itu bertaraf dunia. Pola ayat Frasa Nama + Frasa Adjektif Tatabahasa 02.03.2011 Kemudahan awam di negara ini bertaraf dunia - pola ayat FN + FA. Tatabahasa 11.02.2011 Pada pendapat saya, jwp bagi ketiga-tiga ayat di atas (dipetik drp halaman Khidmat Nasihat DBP) salah. Berwarna & bertaraf kedua-duanya merupakan kata kerja. Oleh itu, pola ayat sepatutnya FN + FK Terima kasih. Drp: Cikgu ChowPenerangan yang Cikgu Chow berikan memang tepat. Data yang silap akan dibetulkan secepat mungkin. Pihak kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa18.08.2015
Tolong berikan kunci kereta ini kepada ayah. Maaf, saya ingin bertanya tentang pola ayat. Adakah pola ayat ini Frasa nama +Frasa Sendi Nama? Adakah betul kerana saya kurang pasti? Mohon penjelasan. Terima kasih.Ayat yang dinyatakan terdiri daripada Frasa kerja + Frasa sendi namaTatabahasa03.06.2020
bagaimana cara untuk tahu sesuatu ejaan itu betul... adakah dengan cara menggunakan pola keselarasan vokal??Pola keselarasan vokal ialah salah satu rumus tatabahasa yang boleh dijadikan panduan untuk mengeja dengan tepat. Cara yang paling baik ialah sentiasa merujuk kamus.Ejaan26.05.2011
12345678910...

Kembali ke atas