Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.la] | ڤولا

Definisi : 1. lukisan utk contoh batik; 2. corak ba­tik (tenun dll), ragi, suri; 3. contoh, model, patrun: kadang-kadang ~ yg diambil utk pembentukan kata baru itu terdapat dlm bahasa daerah pula; ada empat ~ ayat dlm bahasa Melayu; berpola mempunyai pola: sampel ~; berpolakan menggunakan sesuatu sbg pola: sajak “Balada Pemuda dan Dara” ~ sajak-sajak W. S. Rendra. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.la] | ڤولا

Definisi : 1 gambar yg digunakan utk contoh batik. 2 corak batik (tenunan dll). 3 corak atau cara (bkn pemerintahan dsb): Pemerintahannya mengikut ~ pemerintahan Inggeris. 4 bentuk, diagram atau model yg diikut apabila membuat sesuatu: ~ ayat contoh susunan kata utk membentuk ayat; acuan ayat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pola (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
1. Bersinonim dengan corak: bunga, awan, reka bentuk, ragi, suri,

2. Bersinonim dengan model: contoh, sampel, patrun.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
whistle speechbahasa siulLinguistikTiadaPola-pola intonasi ujaran yang disampaikan dengan bersiul
developmental sequenceurutan perkembanganSosiologiTiadaRentetan pemunculan pola-pola kematangan dengan ciri-ciri tertentu di dalam sesuatu spesies.
chartistcartis/pencartaPentadbiran PerniagaanTiadaPenganalisis teknikal yang menggunakan pola-pola carta harga dan volum untuk meramalkan pergerakan harga masa depan.
field dependencepergantungan lapanganPendidikanTiadaGaya kognitif yang menggambarkan pola-pola yang dipersepsikan sebagai satu keseluruhan.
luminous meteormeteor berkilauGeografiTiadaSegala fenomena atmosfera yang menunjukkan pola-pola bercahaya seperti halos, korona, pelangi, dan aurora.
rhythmic patteningpemolaan beriramaKesusasteraanTiadaBentuk-bentuk berirama yang mempunyai pola-pola khusus. Contoh: bahasa berirama mengenai alamat hari nak siang dalam cerita lipur lara.
technical signisyarat teknikalPentadbiran PerniagaanTiadaIsyarat yang dapat dikesan dalam analisis daripada pembinaan pola-pola atau bentuk tertentu dalam pergerakan harga jangka pendek atau panjang.
myth criticismkritikan mitosKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang menganggap sesebuah karya sebagai pernyataan atau rangkuman pola-pola dan struktur mitos yang sering berulang dalam sesuatu masyarakat. Kaedah ini akan mengkaji, meninterprestasi dan mengkategorikan sesebuah karya mengikut struktur dan unsur simbolik yang berkaitan dengan mitos tersebut. Kritikan ini juga menghubungkaitkan sastera dunia melalui penerapan mitos sejagat sepeti motif pencarian dan motif asal usul. Contohnya, sastera Barat dan Nusantara boleh dihubungkan dengan kajian motif pencarian yang terdapat dalam Hikayat Indera Putera dan Ullysses oleh Homer, sementara motif asal usul boleh dikaji dalam cerita panji dan mitos Yunani. Dalam konteks sastera moden, motif pencarian boleh dianalisis daripada karya Perjalanan Si Tenggang oleh Muhammad Haji Salleh dan Ulysses oleh James Joyce. Pengkritik utama kaedah kritikan ini termasuklah Joseph Campell dalam bukunya berjudul The Heor with a Thousand Faces dan Northrop Frye dalam bukunya berjudul Anatomy of Criticism. Lihat juga kritikan arketaip, tipa induk.
depth interviewtemu ramah mendalam/temu bual mendalamSosiologiTiadaSatu wawancara yang berusaha menggali faktor-faktor dasar, dengan memberikan dorongan kepada seseorang untuk memperlihatkan pola-pola tingkah laku yang akhirnya dapat dianalisis.
pola pemidangpola pemidangKesenianTiadaUkiran yang menggunakan unsur yang sederhana. Pergerakan unsurnya tidak banyak berbelit, tidak berlingkar, dipisahkan antara motif-motifnya dan mempunyai pemidang atau bingkai. Motif pola ini lazimnya lebih bersifat estetik dengan pengertian yang tertentu. Ukiran yang mempunyai pola ini dikenali dengan motif-motif seperti motif itik pulang petang, bada mudik, setampuk manggis, dan sebagainya. Pola ini biasanya terdapat pada perkakas di dalam rumah seperti tepak sirih, almari, dan sebagainya, serta sering dipasang pada penutup bendul, paha tangga, cucuran atap, dan sebagainya. pola bingkai
12345678910...

Kembali ke atas