Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.la.ri.sa.si] | ڤولاريساسي

Definisi : keadaan terdapatnya atau proses berlakunya dua pihak (prinsip, kecenderungan, pendapat dsb) yg bertentangan sama sekali: pd masa lalu, soal ~ antara kuasa di kalangan pelajar tidak wujud kerana mereka mempunyai satu tujuan utk mencapai kecemerlangan dlm pelajaran; berpolarisasi mengamalkan polarisasi: tetapi struktur kuasa dan pengaruh di dunia tidak lagi ~ dlm semua isu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polarisasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polarizationpolarisasiKesenianHiasan DalamanProses pergerakan gelombang cahaya secara getaran melintang, yang diorientasikan terus ke permukaan yang lebih khusus. Polarisasi dapat diperoleh menggunakan penghantaran aliran atau pemantulan perantara komunikasi.
polarizationpolarisasiSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
polarizationpolarisasiSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan menjadikan suatu masyarakat atau masyarakat antarabangsa berpecah kepada dua pihak yang bertentangan semata-mata kerana sesuatu ideologi, isu atau sentimen ras. Proses pemecahan dua pihak ini berjalan secara perlahan kesan daripada perbezaan pendapat atau persepsi yang muncul secara jelas dalam sesuatu masyarakat. Masyarakat demokratik umpamanya boleh dipolarisasikan kepada kelompok yang menyokong pengekalan institusi raja atau yang menentangnya dan yang menyokong kebebasan beragama atau menentangnya. Manakala masyarakat plural pula boleh terbahagi kepada peribumi dengan bukan peribumi, kulit hitam dengan kulit putih dan masyarakat antarabangsa dahulu yang menyokong Amerika Syarikat dengan yang menyokong Soviet Union.
social polarizationpolarisasi sosialPendidikanTiadaTiada
crowd polarizationpolarisasi kumpulan (ramai)SosiologiTiadaTiada
group polarizationpolarisasi kelompokPsikologiTiadaTiada
crowd polarizationpolarisasi kumpulan (ramai)SejarahTiadaTiada
group polarizationpolarisasi kumpulanPentadbiranTiadaPendapat atau sikap ahli kumpulan menjadi melampau selepas sesuatu perbincangan disebabkan penyuaraan pendapat yang sama.
polarization of opinionpolarisasi pendapatSosiologiTiadaTiada
depolarizationdepolarisasiPerubatanTiadaProses meneutralkan polarisasi, iaitu pembalikan potensial rehat membran sel apabila dirangsang. Dalam keadaan begini, potensial membran mula bertukar menjadi positif berbanding dengan potensial di luar sel.
12

Kembali ke atas