Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.lis] | ڤوليس

Definisi : 1. pasukan yg menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang; 2. ang­gota pasukan polis, mata-mata; ~ hutan pasukan polis yg bertugas menjaga keamanan di kawasan sempadan; ~ lalu lintas = ~ trafik polis yg mengawal keselamatan lalu lintas; ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut; ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg ditugaskan utk mencegah (memberhentikan) rusuhan (tunjuk perasaan dll); ~ rahsia pasukan polis yg ditugaskan utk mencari (mengintip) rahsia; ~ simpanan pa­sukan polis yg diambil bertugas pd masa darurat (kecemasan dll); ~ tentera pasukan tentera yg bertugas sbg polis (mengawasi tentera); kepolisan yg berkaitan dgn polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dgn urusan (tugas dan tang­gungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kpd orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.lis] | ڤوليس

Definisi : sebuah badan kerajaan serta anggotanya, yg bertanggungjawab menjaga keamanan negara (mencegah berlakunya jenayah dll). ~ hutan pasukan polis yg menjaga keselamatan di kawasan-kawasan hutan. ~ khas pasukan polis tambahan utk menjaga kawasan perusahaan pd zaman darurat dahulu. ~ lalu lintas polis yg mengawal keselamatan dan kelancaran lalu lintas. ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut. ~ rahsia pasukan polis yg bertugas mencari rahsia. ~ simpanan khas pasukan polis yg bertugas mencegah rusuhan. ~ tentera anggota tentera yg ditugasi menjalankan tugas-tugas polis dlm angkatan tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cepida[tS«.pi.dA]kata kerjalari bertempiaran.Mat pit cepida, hambat dek poleh.[mAt pit tS«.pi.dA hAm.bAt de/ po.leh]Penagih dadah itu lari bertempiaran kerana dikejar polis.
gemunto[g«.mun.to]kata kerjaberlari kerana ketakutan.Budok penageh gemunto bile poleh datang.[bu.d/ p«.nA.geh g«.mun.to bi.l« p.leh dA.tAN]Budak penagih dadah lari ketakutan apabila polis datang.
sengkoi[sEN.kj]kata adjektifberkenaan tangan yang bengkok.Mamat tok luluh temudugo poleh pase sengkoi.[mA.mAt to/ lu.luh t«.mu.du.g p.leh pA.sE sEN.kj]Mamat tidak lulus temuduga untuk jawatan polis kerana tangannya bengkok.
cokeng[tS.keN]kata adjektifberkenaan lari yang sangat laju.Cokeng budok tu lari keno ambat ko poleh.[tS.keN bu.do/ tu lA.Äi k«.no Am.bAt ko p.leh]Laju budak itu berlari kerana dikejar oleh polis.
baran[bA.ÄAn]kata adjektifberkenaan seseorang yang sangat nakal.Sopian, awok ni baran ngatlah, kena tangkap poleh baru padan muka.[s.pi.jAn A.w/ ni bA.ÄAn NAt.lAh k«.n« tAN.kAp po.leh bA.Äu pA.dAn mu.kA]Sopian, awak ini sangat jahat, kena tangkap oleh polis baru awak tahu.

Kembali ke atas