Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.lis] | ڤوليس

Definisi : 1. pasukan yg menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang; 2. ang­gota pasukan polis, mata-mata; ~ hutan pasukan polis yg bertugas menjaga keamanan di kawasan sempadan; ~ lalu lintas = ~ trafik polis yg mengawal keselamatan lalu lintas; ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut; ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg ditugaskan utk mencegah (memberhentikan) rusuhan (tunjuk perasaan dll); ~ rahsia pasukan polis yg ditugaskan utk mencari (mengintip) rahsia; ~ simpanan pa­sukan polis yg diambil bertugas pd masa darurat (kecemasan dll); ~ tentera pasukan tentera yg bertugas sbg polis (mengawasi tentera); kepolisan yg berkaitan dgn polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dgn urusan (tugas dan tang­gungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kpd orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.lis] | ڤوليس

Definisi : sebuah badan kerajaan serta anggotanya, yg bertanggungjawab menjaga keamanan negara (mencegah berlakunya jenayah dll). ~ hutan pasukan polis yg menjaga keselamatan di kawasan-kawasan hutan. ~ khas pasukan polis tambahan utk menjaga kawasan perusahaan pd zaman darurat dahulu. ~ lalu lintas polis yg mengawal keselamatan dan kelancaran lalu lintas. ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut. ~ rahsia pasukan polis yg bertugas mencari rahsia. ~ simpanan khas pasukan polis yg bertugas mencegah rusuhan. ~ tentera anggota tentera yg ditugasi menjalankan tugas-tugas polis dlm angkatan tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NEGARA POLIS

Negara polis, berlaku apabila kerajaan sesebuah

negara atau unit politik membenarkan agensi

penguatkuasaan undang-undang negara itu

mengekalkan keamanan melalui ketakutan rakyat.

Dalam keadaan ini, pihak polis tidak lagi tertakluk

kepada undang-undang atau kekangan lain yang

biasanya mengehadkan tindakan mereka dalam

sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Pihak

polis boleh merisik sesiapa sahaja tanpa

menghiraukan privasi individu. Mereka juga boleh

menangkap, memenjarakan, membunuh, atau

membuang negeri sesiapa sahaja tanpa sebarang

sebab.

Pada zaman dahulu, negara kota Yunani, Sparta,

merupakan sebuah negara polis yang paling

lengkap. Pada tahun 1990-an, taktik negara polis ini

sering digunakan oleh golongan fasis dan negaranegara

komunis.

Lihat juga Polis rahsia.

UMUM 
POLIS

Polis ialah pekerja awam yang menguatkuasakan

undang-undang dan mengekalkan keamanan. Tugas

mereka ialah menghalang jenayah dan melindungi

nyawa serta harta benda orang awam dalam

sesebuah komuniti. Anggota-anggota polis lelaki

dan wanita berkhidmat kepada komuniti dalam

pelbagai cara. Mereka meronda jalan raya dengan

tujuan untuk mengawal jenayah dan membantu

menyelesaikan berbagai-bagai masalah orang ramai.

Polis mengawal lalu lintas untuk memastikannya

berjalan lancar dan selamat. Polis juga sering kali

dipanggil untuk menyelesaikan pertelingkahan,

mencari orang yang dilaporkan hilang atau

membantu mangsa-mangsa kemalangan. Pada masa

banjir, kebakaran dan lain-lain bencana, mereka

menyediakan tempat berteduh, pengangkutan dan

penjagaan kepada mangsa-mangsa.

UMUM 
PASUKAN POLIS BERKUDA DIRAJA KANADA

Pasukan Polis Berkuda Diraja Kanada

(RCMP) ialah sebuah jabatan penguat kuasa

undang-undang di Kanada. Kemasyhuran Pasukan

Polis Berkuda ini telah tersebar ke seluruh pelosok

dunia semenjak ditubuhkan pada tahun 1873. Kini,

pasukan tersebut menunggang motosikal dan tidak

lagi menunggang kuda. Namun, masih banyak lagi

buku-buku dan filem yang memperkatakan tentang

pasukan polis berkuda ini. Lencana pasukan Polis

Berkuda Diraja Kanada ini memaparkan cogan kata

organisasi tersebut iaitu, Maintiens le droit

(Pertahankan yang benar).

UMUM 
POLIS DIRAJA MALAYSIAPOLIS DIRAJA Malaysia, pasukan keselamatan dan agensi penguat kuasa undang-undang utama negara. Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula sebagai Pasukan Polis Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1948. Pasukan ini kemudiannya disatukan di bawah Pengawalan Pusat iaitu Ketua Polis Negara sebagai pemerintah tertingginya. Pasukan ini diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MAKMAL POLIS

Makmal polis ialah makmal tempat pakar

menganalisis, mengenal pasti, dan mentafsir bukti

yang berkaitan dengan jenayah. Serpihan kaca atau

pistol yang dijumpai bersama orang yang disyaki

mungkin padan dengan pecahan kaca atau peluru

yang diambil dari tempat kejadian jenayah. Pola

kesan darah berhampiran mayat boleh

menunjukkan bagaimana pembunuhan dilakukan.

Bukti lain termasuk dokumen, ubat, narkotik, serat,

cap jari, bulu, rambut dan tanah. Pasukan polis

yang besar menyelenggara makmal sendiri.

UMUM 
PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA

PANCARAGAM POLIS DIRAJA MALAYSIA, pancaragam yang dianggotai oleh 'Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Pancaragam yang berasal daripada Pancaragam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ini ditubuhkan pada tahun 1932 atas usaha J.D. Hussey, Komandan Polis Depot.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
MAKTAB POLIS DIRAJA

Maktab Polis Diraja, pusat latihan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan latihan asas dan latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan ahli yang berpangkat rendah serta kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
POLIS RAHSIA

Polis rahsia digunakan oleh kerajaan-kerajaan

tertentu dan diktator bagi mengawal, menakutkan,

dan mengintip orang awam. Walau bagaimanapun,

kewujudannya dirahsiakan sebagaimana aktivitinya.

UMUM 
AKTA POLIS 1967

Akta Polis 1967, undang-undang utama yang mengawal selia Polis Diraja Malaysia (PDRM).

UNDANG-UNDANGAkta
MAKMAL JENAYAH

Makmal jenayah lihat Makmal polis.

UMUM 
12345

Kembali ke atas