Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.lis] | ڤوليس

Definisi : 1. pasukan yg menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang; 2. ang­gota pasukan polis, mata-mata; ~ hutan pasukan polis yg bertugas menjaga keamanan di kawasan sempadan; ~ lalu lintas = ~ trafik polis yg mengawal keselamatan lalu lintas; ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut; ~ pencegah rusuhan pasukan polis yg ditugaskan utk mencegah (memberhentikan) rusuhan (tunjuk perasaan dll); ~ rahsia pasukan polis yg ditugaskan utk mencari (mengintip) rahsia; ~ simpanan pa­sukan polis yg diambil bertugas pd masa darurat (kecemasan dll); ~ tentera pasukan tentera yg bertugas sbg polis (mengawasi tentera); kepolisan yg berkaitan dgn polis (pd pelbagai aspek), berkaitan dgn urusan (tugas dan tang­gungjawab, kegiatan, dll) polis: Polis Diraja Malaysia akan memberikan latihan ~ kpd orang ramai bagi mencegah jenayah; Institusi ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.lis] | ڤوليس

Definisi : sebuah badan kerajaan serta anggotanya, yg bertanggungjawab menjaga keamanan negara (mencegah berlakunya jenayah dll). ~ hutan pasukan polis yg menjaga keselamatan di kawasan-kawasan hutan. ~ khas pasukan polis tambahan utk menjaga kawasan perusahaan pd zaman darurat dahulu. ~ lalu lintas polis yg mengawal keselamatan dan kelancaran lalu lintas. ~ marin polis yg bertugas menjaga keselamatan di laut. ~ rahsia pasukan polis yg bertugas mencari rahsia. ~ simpanan khas pasukan polis yg bertugas mencegah rusuhan. ~ tentera anggota tentera yg ditugasi menjalankan tugas-tugas polis dlm angkatan tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
police recorded crime figureangka jenayah direkod polisKriminologiKeadilan JenayahData, maklumat serta statistik jenayah yang dikumpulkan dan disimpan oleh polis berdasarkan kaedah tertentu. Data ini biasanya tertumpu kepada jenayah yang dilaporkan oleh mangsa kepada pihak polis. Jenayah yang tidak dilaporkan tidak termasuk dalam statistik ini.
unrecorded crime figureangka jenayah tidak direkod polisKriminologiKeadilan JenayahData, maklumat serta statistik jenayah yang tidak dikumpulkan dan tidak disimpan oleh polis. Maklumat ini termasuklah jenayah yang tidak dilaporkan oleh mangsa kepada pihak polis.
poliskotaSosiologiTiadaTiada
police statenegara polisSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang pemerintahannya bersifat autoritarian dan bergantung kuat kepada institusi polis. Dalam negara ini, undang-undang sangat ketat dan tekanan serta tangkapan sering dilakukan kepada penentang kerajaan atau anggota pembangkang. Penentang yang ditangkap pula tidak dibawa ke meja pengadilan dan terus dihukum. Peranan polis sangat besar dan mereka tidak sahaja menjalankan tugas dalam bentuk rasmi beruniform tetapi ramai yang bergerak secara sulit, mengintip sebarang penentangan dalam masyarakat seperti yang dilakukan oleh KGB di Soviet Union, Gestapo di Jerman atau Savak di Iran.
cybercoppolis siberTeknologi MaklumatTiadaLihat polis jaringan
police corruptionkorupsi polisKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku devian, termasuklah perbuatan tidak beretika atau salah laku oleh pegawai dan anggota polis, melibatkan penyalahgunaan kuasa penguatkuasaan untuk tujuan kepentingan diri atau untuk mendapat habuan diri.
net policepolis jaringanTeknologi MaklumatTiadaIstilah negatif untuk mereka yang seakan-akan memaksa pengguna Internet menerima pakai sesuatu piawai. Walau bagaimanapun, mereka sebenarnya tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan. Sinonim polis siber
city statenegara kotaSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang bersifat bandar dan mempunyai kerajaan sendiri dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran. Konsep ini berkembang pada zaman tamadun Greek sehinggalah kepada era kemunculan empayar Roman. Pada era itu, wujud beberapa negara kota yang dikenali sebagai Polis. Setiap Polis bertanggungjawab terhadap urusan hal ehwal dalaman dan juga luaran masing-masing serta mempunyai angkatan pertahanan sendiri. Majoriti masyarakat yang tinggal di negara kota mendiami kawasan pedalaman, tetapi tidak jauh dari kawasan pusat pentadbiran yang dikenali sebagai pusat sivik yang mempunyai kemudahan seperti pasar, gymnasium dan juga taman rekreasi. Struktur masyarakat negara kota terbahagi kepada beberapa lapisan yang terdiri daripada golongan pemerintah, intelektual, perwira dan juga hamba. Taraf kewarganegaraan di setiap negara kota ditentukan melalui tempat kelahiran seseorang. Selain itu, setiap negara kota juga mempunyai amalan kepercayaan, budaya dan adat masing-masing. Contoh negara kota yang pernah wujud pada zaman Greek ialah negara kota Sparta dan Athens.
criminal profilingpemprofilan jenayahSains ForensikTiadaKaedah pemerhatian yang dilakukan di tempat kejadian jenayah dan corak jenayah tersebut untuk menentukan ciri-ciri pesalah. Kaedah ini dapat membantu pihak polis mengecilkan skop suspek yang dicari dan membolehkan pihak polis merancang strategi untuk soal siasat.
PolicePolisPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas