Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pasukan tentera yg bertugas sbg polis (mengawasi tentera); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : anggota tentera yg ditugasi menjalankan tugas-tugas polis dlm angkatan tentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Boleh beri saya Terjemahan yang sesuai untuk: a) Braiding Machine 2. Dalam Kamus DPB, Bond didefinisikan sebagai bp Polis, apabila Tesaurus dirujuk, bp polis bersamaan dengan dua konteks, pangkat atau bidang polis i.e polis tentera, polis trafik. Jadi Apa terjemahan sesuai utk Bond Dealer?Terjemahan perkataan dalam bahasa Melayu yang sesuai ialah:
a) Braiding Machine. Terjemahan yang dicadangkan ialah Mesin Pita Brid. Ia tertakluk pada konsep pembuatan.
b) Bond Dealer. Adakah tuan maksudkan perkataan bond dalam bidang kewangan? Jika ya, terjemahannya ialah Wakil Penjual Bon. 
Istilah19.08.2021
Apakah yang dimaksudkan dengan kontijen?
Ejaan yang betul ialah "kontinjen" yang membawa maksud 1. "sekumpulan orang yang mewakili sesebuah pertubuhan, negara dan sebagainya dalam sesuatu pertemuan, acara, sukan dan sebagainya"; 2. "sepasukan tentera, polis, kenderaan tentera dan sebagainya"; 3. "beberapa kumpulan tentera atau polis yang digabungkan untuk membentuk pasukan yang besar bagi melaksanakan sesuatu misi".

Sila buat carian kata melalui laman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk makna perkataan dan istilah bahasa Melayu.
Makna24.02.2023
Bagaimana diterjemah perkataan-perkataan berikut yang merupakan satu set huruf fonetik dalam komunikasi tentera, polis dan sebagainya. Alpha, bravo, charlie, delta, echo, foxtrot, golf, hotel, india, juliett, kilo, lima, mike, november, oscar, papa, quebec, romeo, sierra, tango, uniform, victor, whiskey, xray, yankee, zulu.

Kumpulan perkataan yang dinyatakan merupakan perkataan yang terkandung dalam  NATO phonetic alphabet atau Radiotelephony Spelling Alphabet. Kumpulan perkataan ini tidak boleh diterjemahkan dan perlu digunakan dalam bentuk asal kerana telah diselaraskan penggunaannya di seluruh dunia.  

Lain-lain19.07.2022
apa perbezaan kawad dan kawatMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yg dibuat drpd logam (spt tembaga dll). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna12.05.2009
Salam sejahtera. Adakah 'berkawad' dan 'berkawat' mempunyai maksud yang sama? Bolehkah saya menggunakan berkawat untuk merujuk kepada perbarisan? Sekian, terima kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam seperti tembaga.Ejaan23.06.2014
Betulkah ayat ini? 1) Sebuah pusat latihan polis di Melaka telah membentuk pelajar untuk menjadi wira negara. 2) Azizul Hasni Awang berjuang berhabis-habisan untuk memartabatkan sukan negara. 3) Tentera Rom telah menguasai salah satu daerah di parsi setelah menumpaskan raja Hercules. 4) Erry menolong ibunya mengangkat barang di dalam kereta.
  1. Ayat yang diberikan adalah betul
  2. Ayat yang diberikan adalah betul
  3. Ayat yang betul ialah Tentera Rom telah menguasai salah satu daripada daerah di Parsi setelah menumpaskan Raja Hercules.
  4. Ayat yang betul ialah Erry menolong ibunya mengangkat barang daripada kereta.

Tatabahasa07.07.2022
Jika panggilan hormat untuk ketua tentera ialah Yang Amat Mulia, apakah panggilan hormat untuk Ketua Polis Negara. Adakah Yang Amat Berbahagia atau Yang Amat Setia?Untuk makluman, DBP tidak mempunyai data berkenaan hal tersebut. Mohon rujuk laman web ini (http://www.mosti.gov.my/wp-content/uploads/2.pdf) untuk lebih jelas.Lain-lain27.10.2015
Sila pilih jawapan yang betul dari segi tatabahasa. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. Semoga soalan-soalan ini dapat dijawab selewat-lewatnya pada 24/09/2021 (Jumaat). Terima kasih. 1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (bawah/di bawah) Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan. 2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan (bawah/di bawah) pasukan tentera Jepun ke-25. 3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan (bawah/di bawah) arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara. 4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton (bawah/di bawah) bimbingan jurulatihnya. 5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut (bawah/di bawah) pujukan kawannya. 6. (Salah satu/Salah satu daripada) faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan. 7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang (pada/kepada) prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya.

Berikut merupakan ayat-ayat yang betul:



1. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab untuk mendidik masyarakat supaya cinta akan perpaduan.

2. Pada zaman Perang Dunia Kedua, Sumatera telah diletakkan bawah pasukan tentera Jepun ke-25.

3. BMA merupakan pentadbiran tentera yang diletakkan bawah arahan Lord Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara.

4. Ali telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan badminton bawah bimbingan jurulatihnya.

5. Ali bersetuju untuk menerima tawaran tersebut setelah dipujuk oleh kawannya.

6. Salah satu daripada faedah bersukan ialah akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.

7. Sebagai seorang polis, Ali sentiasa berpegang pada prinsip adil dan saksama semasa menjalankan tugasnya

Tatabahasa22.09.2021
Salam sejahtera, Saya mahu bertanya perbezaan antara perkaatan awam dan umum. Saya menulis "masyarakat awam" di peperiksaan, tetapi cikgu saya berkata bahawa "umum" harus digunakan.1. Awam - 1. berkenaan (melibatkan dan sebagainya) orang ramai sebagai suatu keseluruhan: 2. untuk atau terbuka kepada semua orang (tidak terkhusus atau teristimewa untuk golongan dan sebagainya tertentu):3. bukan tentera atau polis dsb

2. Umum - secara keseluruhan (tidak pada atau mengenai yang tertentu sahaja), bersifat menyeluruh, mengenai keseluruhan sesuatu, lawan khusus (khas)

Kedua-dua perkataan tersebut bolah digunakan dalam konteks ayat yang diberikan kerana membawa maksud yang sama. Sungguhpun demikian, pada kebiasaannya, perkataan yang digunakan ialah masyarakat awam.
Makna11.09.2017
Adakah ejaan sesetengah perkataan bahasa melayu telah di ubah? Cth. . Adab (ejaan lama) - adap (saya perhatikan ramai menggunakan ejaan ini) Jawab kepada jawap jawapan kepada jawaban kawad kepada kawat (pendapat saya, ejaan ini merujuk kepada kawat duri) Mengadap kepada menghadap Dan banyak lagi perkataan yg saya rasakan seperti telah berubah ejaannya. Terutama yang ada huruf b atau p di belakangnya. Mohon bantuan dan penjelasan pihak tuan/puan. Terima kasihUntuk makluman, perkataan bahasa Melayu tidak diubah tetapi bersifat dinamik. Kekeliruan ejaan yang dinyatakan akan lebih jelas sekiranya saudara merujuk Kamus Dewan atau boleh merujuk di laman sesawang prpm.dbp.gov.my.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kawad bermakna perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. Kawat pula ialah tali yang dibuat daripada logam (seperti tembaga dan lain-lain).


Jawapan dan jawaban boleh digunakan dan merupakan varian. Jawaban adalah betul dari segi morfologi manakala jawapan pula diterima pakai disebabkan kelaziman penggunaannya. Kamus Dewan Edisi Keempat menjadikan jawapan sebagai subentri kepada jawab. 

Adab merupakan ejaan yang tepat mengikut Kamus Dewan dan adap pula sub entri bagi nasi adap. Sila rujuk Kamus Dewan untuk lebih lanjut.
Ejaan06.02.2013
12

Kembali ke atas