Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.li.si] | ڤوليسي

Definisi : rancangan tindakan yg telah diper­setujui secara rasmi sbg asas utk membuat atau melaksanakan sesuatu keputusan, dasar; ~ kerajaan dasar kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.li.si] | ڤوليسي

Definisi : dokumen yg mengandungi kontrak insurans; ~ insurans dokumen perjanjian yg mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.li.si] | ڤوليسي

Definisi : IB polis; kepolisian yg berkaitan dgn polis (pd pel­bagai aspek), kepolisan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.li.si] | ڤوليسي

Definisi : 1, = ~ insurans dokumen atau surat perjanjian antara syarikat insurans dgn pengambil insurans, yg mengandungi syarat-syarat perlindungan insurans. 2 rancangan tindakan yg disetujui, yg menjadi dasar sesebuah pergerakan, pertubuhan dll dlm melaksanakan sesuatu keputusan: ~ kerajaan; ~ parti politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polisi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
umbrella liability policypolisi liabiliti payungPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan tambahan yang pada dasarnya memberi had perlindungan yang tinggi, lebih daripada had polisi-polisi primer dan juga perlindungan liabiliti tambahan biasa. Perlindungan ini tertakluk kepada bendungan swainsurans yang tinggi.
Kinne ruleperaturan KinneinsuransTiadaRumus untuk menyelaras kerugian insurans harta apabila polisi-polisi insurans tidak serentak.
Kinne ruleperaturan KinnePentadbiran PerniagaanTiadaRumus untuk menyelaras kerugian insurans harta apabila polisi-polisi insurans tidak serentak.
employee handbookbuku panduan pekerjaPentadbiranTiadaBuku yang menerangkan kemudahan yang akan diperoleh, polisi-polisi dan keterangan am tentang majikan.
ordinary registerdaftar biasaPentadbiran PerniagaanTiadaBuku catatan insurer atau agensi yang mengandungi maklumat tentang polisi-polisi insurans hayat dalam akaun mereka.
quota share insuranceinsurans kongsi kuotaPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans harta yang dikongsi mengikut peratusan atau kuota dengan polisi-polisi lain yang melindungi risiko yang sama.
allocated benefitfaedah teruntukinsuransTiadaBayaran yang dibenarkan bagi tujuan tertentu amaun maksimum bagi setiap jenis faedah. Contoh: polisi-polisi hospital, sinar-x ubat-ubatan dan perbelanjaan lain yang ditetapkan.
allocated benefitfaedah teruntukPentadbiran PerniagaanTiadaBayaran yang dibenarkan bagi tujuan tertentu mengikut amaun maksimum bagi setiap jenis faedah. Contoh: polisi-polisi hospital, sinar-X, ubat-ubatan dan perbelanjaan lain yang ditetapkan.
concurrent insuransinsurans serentakinsuransTiadaDua atau lebih polisi insurans yang memberi perlindungan kepada kepentingan yang sama bagi harta yang sama. Jika terdapat dua atau lebih polisi insurans harta, pihak insurans tidak akan dilindungi dengan sempurna jika polisi-polisi tidak sama.
concurrent insuranceinsurans serentakPentadbiran PerniagaanTiadaDua atau lebih polisi insurans yang memberi perlindungan kepada kepentingan yang sama bagi harta yang sama. Jika terdapat dua atau lebih polisi insurans harta, pihak insured tidak akan dilindungi dengan sempurna jika polisi-polisi berkenaan tidak sama.
12345678910...

Kembali ke atas