Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.li.ték.nik] | ڤوليتيکنيک

Definisi : (politéknik) pusat pengajian tinggi yg menawarkan pelbagai kursus, terutamanya dlm bidang sains dan teknik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata politeknik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh Ayat: Bersama-sama ini dikepilkan borang permohanan pertukaran pegawai dari politeknik ini untuk tindakan tuan selanjutnya. Soalan: adakah perkataan politeknik dalam ayat diatas ditulis dengan betul atau 'p'nya perlu ditulis dengan huruf besar. Terima kasihDalam contoh ayat yang saudara sertakan, perkataan Politeknik perlu ditulis dengan huruf besar kerana merujuk nama khas politeknik tersebut. Sekiranya saudara menyebut secara umum, perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh. Saya bercadang untuk menyambung pelajaran di politeknik. Dalam hal ini, politeknik ditulis dengan huruf kecil kerana disebut secara umum sahaja, tidak ditujukan kepada mana-mana politeknikEjaan11.05.2009
asalam...saya ingin bertanya adakah boleh sekiranya kita mengeja POLiTEKNik dimana huruf besar dan huruf kecil digabungkan ..jika dilihat huruf i adalah kecil...saya bertanya perkara ini kerana saya dapati politeknik telah menggunakan ejaan sebegini pada "letter head" setiap surat rasmi...wasalamBentuk ejaan yang betul ialah POLITEKNIK (keseluruhan perkataan ditulis dengan huruf besar) atau Politeknik seperti ejaan Politeknik Ungku Omar.Ejaan04.05.2012
Pihak Politeknik ibrahim Sultan ingin menerbitkan sebuah buku selewat lewatnya April 2013. Kami ingin bantuan khidmat pihak tuan untuk memberikan satu bengkel penulisan buku kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat. Mohon berikan khidmat nasihat dari pihak tuan. Sekian terima kasihSila kemukakan surat permohonan rasmi kepada:

Ketua,
Akademi DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50460 KUALA LUMPUR.
Lain-lain25.10.2012
Selamat Pagi, Dimohon khidmat nasihat untuk tajuk draf penulisan saya yang bertajuk : "Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dari Menghadiri Kuliah Tepat Pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia" Sekian, terima kasih, Penulis.

Tajuk ini boleh dibaiki seperti dua cadangan yang berikut:
(1)  Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Menghadiri Kuliah Tepat pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
       Politeknik Seberang Perai, Malaysia.
(2)  Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia Menghadiri 
      KuliahTepat pada Masanya.

Tatabahasa02.06.2014
mohon pihak DBP untuk membuat semakan untuk kandungan teks bunting yang akan digunakan oleh pihak politeknik sempena promosi pertandingan FIRA 2013. bersama ini dilampirkan visual bunting tersebut. terima kasihPerkataan bahasa Melayu dalam gegantung yang dilampirkan adalah betul. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan sijil pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain02.08.2013
Mohon semakan bahasa bagi tujuan pengiklanan di Media Digital Majlis Daerah Tanjong Malim bagi Istiadat Konvokesyen Politeknik Sultan Azlan Shah. Terima kasihTuan/Puan,

Visual yang dilampirkan telah disemakan dan terdapat beberapa kesilapan yang perlu dibaiki, iaitu:

1. Selaraskan penggunaan huruf kecil dan besar bagi perkataan Istiadat dan Konvokesyen, iaitu Istiadat Konvokesyen ISTIADAT KONVOKESYEN
2. Betulkan kedudukan KE-16 atau Ke-16
3. Pastikan setiap perkataan mempunyai jarak
4. Lampirkan visual yang jelas dan terang

NOTA: Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal DBP Sah Bahasawww.dbpsahbahasa.my. Selepas disahkan, tuan/puan boleh membawa visual tersebut kepada pihak PBT.
Lain-lain20.09.2018

Kembali ke atas