Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.li.ték.nik] | ڤوليتيکنيک

Definisi : (politéknik) pusat pengajian tinggi yg menawarkan pelbagai kursus, terutamanya dlm bidang sains dan teknik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata politeknik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POLITEKNIK UNGKU OMARPOLITEKNIK UNGKU OMAR, institusi pendidikan yang melatih lulusan sekolah menengah menjadi tenaga separa profesional pada peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang kejuruteraan, teknologi dan perdagangan. Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1968 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan bantuan United Nation of Educations Science and Culture Organisation (UNESCO). Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperoleh daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik yang pertama di Malaysia di kawasan seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh, Perak.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PENERBIT SINAR HARAPAN

PENERBIT SINAR HARAPAN, penerbit akhbar dan buku di Indonesia.  Penerbit ini ditubuhkan pada bulan Februari 1979 di Jakarta, sebagai salah satu usaha PT Sinar Kasih.  Penerbit ini menerbitkan buku kanak-kanak, komik, sastera, sosiopolitik, hukum, falsafah, wanita, keluarga, ekonomi, ekologi, teknik dan politeknik.  Antara pengarang Indonesia yang pernah menjadi editor penerbit ini ialah Satyagraha Hoerip, Julius R. Siyaranamual; Jajak MD, Korrie Layun Rampan dan Sides Sudyarto DS.  Alamat terakhirnya ialah di Jalan Dewi Sartika No. 136-D, Jakarta 13630.  Direktur utamanya sejak tahun 1979 ialah Aristides Katoppo.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas