Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.long] | ڤولوڠ

Definisi : 1. sj hantu yg suka mengacau orang (membuat orang sakit); 2. sj penyakit urat saraf (kerana kena guna-guna); spt ~ kena sembur prb berlari dgn pantas kerana ke­takutan (jera dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.long] | ڤولوڠ

Definisi : ; kacang ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), Canavalia gladiata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.long] | ڤولوڠ

Definisi : sj bunga cengkih (lawang). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[po.long] | ڤولوڠ

Definisi : 1 hantu yg kononnya suka mengganggu orang atau suka membuat orang jadi sakit. 2 penyakit urat saraf kerana terkena guna-guna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata polong

Peribahasa

Titian air,
     polong asap.

Bermaksud :

Orang pengantara yang menolong mencarikan keuntungan dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RASUK

RASUK, satu keuzuran mental dan fizikal yang dipercayai berpunca daripada gangguan kuasa luar biasa seperti hantu, polong, pelesit, hantu raya dan jembalang. Ini berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu yang kuasa ghaib boleh meresapi badan manusia dan fikiran. Seseorang yang kena rasuk atau kerasukan akan ketakutan dan terpekik-pekik meminta pertolongan. Rasuk boleh berlaku secara tiba-tiba. Hanya orang yang lemah semangat sahaja dapat dirasuk.

BUDAYAKonsep
KHATIJAH TERUNGHATIJAH TERUNG (1885-1955), penulis Indonesia. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Dia lebih dikenal sebagai wanita yang mempunyai kehebatan dalam ilmu polong berbanding sebagai penulis. Nama timbangan ‘Terung’ kepada Khatijah diberi oleh suaminya, Raja Haji Abdullah kerana kulit Khatijah yang cerah laksana terung putih. Semenjak itu, perkataan terung sudah menjadi sebati dengan Khatijah, sehinggakan wanita itu dikenal sama ada Khatijah Terung atau Mak Terung.SASTERATokoh

Kembali ke atas