Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pon.téng] | ڤونتيڠ

Definisi : (ponténg) bp 1. kecoh, tipu; 2. lari drpd tugas (tanggungjawab dll): jarang yg ~ kerja melainkan kalau terhalang; memonteng 1. mengecoh, menipu: dia akan menggunakan segala kepandaian utk mengecek dan ~ perempuan; 2. bp meninggal­kan tugas (tanggungjawab dll) tanpa kebenaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pon.téng] | ڤونتيڠ

Definisi : /ponténg/; memonteng meninggalkan tugas (tanggungjawab, pelajaran dll) tanpa kebenaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ponteng
Kata Terbitan : memonteng,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satu betul? Perkara yang dibincangkan "adalah" tentang masalah ponteng sekolah. Perkara yang dibincangkan "ialah" tentang masalah ponteng sekolah. Terima kasih.Ayat yang lebih tepat:

Perkara yang dibincangkan ialah masalah ponteng sekolah.
Tatabahasa14.05.2016
Mohon semakan terjemahan It looks like Karim is skipping class even though our group presentation is due today. Typical. Nampaknya Karim ponteng kelas lagi, walaupun hari ini ialah hari pembentangan kumpulan kami. Sangat tipikal.Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Karim ponteng kelas lagi, walaupun pembentangan kumpulan kami diadakan pada hari ini. Sangat tipikal.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2017
1. "Saya (bukan/tidak) ponteng sekolah. Saya sakit tadi," kata adik kepada Pak Ali. 2. Cara utama ke tempat tersebut (ialah/adalah) melalui udara dan sungai. 3. Perkara yang penting (ialah/adalah) bahawa ilmu dalam bidang nyanyian itu perlu didalami. 4. Masalah yang sering diperkatakan (ialah/adalah) yang berkaitan dengan masalah sosial yang sering melanda remaja.

1. "Saya tidak ponteng sekolah. Saya sakit tadi," kata adik kepada Pak Ali.

2. Cara utama ke tempat tersebut ialah melalui udara dan sungai.

3. Perkara yang penting adalah bahawa ilmu dalam bidang nyanyian itu perlu didalami.

4. Masalah yang sering diperkatakan adalah yang berkaitan dengan masalah sosial yang sering melanda remaja.

Tatabahasa13.12.2011
Pertanyaan saya mengenai kata pemeri 'ialah'. Buku rujukan menyatakan bahawa frasa kata kerja tidak boleh hadir selepas 'adalah'. Bagaimana pula dengan 'ialah' ? Adakah penggunaan kata pemeri 'ialah' dalam ayat berikut betul ? Ayat : Tugas Maya ialah mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. ataupun Ayat : Tugas Maya adalah sebagai pengawas yang mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah. Terima kasih.Dalam Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga, muka surat 264: ... penggunaan kata pemeri amat terbatas, dan sebenarnya kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. perlu juga diingatkan bahawa kata pemeri (ialah, adalah) tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh itu, ayat pertama "Tugas Maya ialah mencatatkan nama pelajar-pelajar yang ponteng sekolah" - betulTatabahasa14.04.2008
Salam, Harap beri komen pembentukan struktur dan penggunaan tatabahasa untuk ayat-ayat berikut: 1. Tanggungjawab ibu bapa ialah mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak. 2. Tugas Mala ialah mencatatkan nama pelajar yang ponteng sekolah.

Kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh diikuti oleh kata kerja. Ayat yang betul ialah: 

1. Ibu bapa bertanggungjawab mendidik dan memberikan nafkah kepada anak-anak. 

2. Mala bertugas mencatatkan nama pelajar yang ponteng sekolah.

Tatabahasa21.10.2011
Soalan 1 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, bukankah dalam Kamus Dewan Edisi keempat, jarang=jarang-jarang, justeru, mengapakah ayat:Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah, salah? Soalan 2 Merujuk kepada jawapan yang diberikan pada 24/12, imbuhan ter- dan sekali merupakan dua darjah penghabisan, justeru, mengapakah "terkenal sekali" adalah betul?Berikan penjelasan selanjutnya Soalan 3 Apakah perbezaan antara menasihati dan menasihatkan? Kemukakan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaannya. Soalan 4 Yang mana betul? a)Kita sepatutnya mendengar arahan guru kita b)Sepatutnya kita dengar arahan guru kita c)Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita d)Sepatutnya kita dengar arahan daripada guru kita Soalan 5 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya b)Ikatan kain itu hampir terlucut dari pinggangnya Soalan 6 Yang mana betul? Berikan penjelasan a)Memahami dengan lebih mendalam lagi tentang kebaikan melabur dalam saham amanah b)Memahami kebaikan melabur dalam saham amanah dengan lebih mendalam lagi Soalan 7 Apakah perbezaan antara pembelajaran dan pemelajaran?Berikan beberapa contoh ayat yang menunjukkan penggunaan kedua-dua istilah tersebut.Selain itu, ayat manakah yang betul? a)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik b)Sekolah seharusnya menyediakan suasana pemelajaran yang baik1. Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang ponteng sekolah. - ayat ini betul  2. Yang betul ialah terkenal - kami mohon maaf atas kekeliruanyangtimbul.  3. Tidak ada perbezaan yang jelas antara menasihati dan menasihatkan, kedua-duanya bermaksud memberi nasihat atau tunjuk ajar.  4. Kita sepatutnya mendengar arahan daripada guru kita. ayat yang betul  5. Ikatan kain itu hampir terlucut daripada pinggangnya. - ayat yang betul  6. kedua-dua ayat ini betul.  7. Pembelajaran bermaksud proses belajar, untuk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian dll), manakala Pemelajaran bermaksud proses belajar untuk mengetahui sesuatu dengan mendalam. Berdasarkan makna tersebut pemelajaran memerlukan usaha yang lebih yang biasanya merujuk mereka yang terlibat dalam kerja penyelidikan. Oleh itu ayat yang tepat ialah - Sekolah seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang baik.Tatabahasa24.12.2008
Soalan 1 Mengapakah "semakin bertambah mantap" adalah salah?Berikan penjelasannya. Soalan 2 Yang mana betul?Berikan penjelasannya Di kiri dan di kanan jalan/di kiri dan kanan jalan Soalan 3 Adakah anggota badan seperti pinggang, bahu dikira sebagai tempat dan harus diikuti dengan perkataan dari/daripada? Soalan 4 Yang mana betul?Berikan penjelasan a)Kejadian gempa bumi yang berlaku sejak akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. b)Kejadian gempa bumi yang berlaku akhir-akhir ini menimbulkan kebimbangan. Soalan 5 Apakah perbezaan antara jarang dan jarang-jarang? Yang mana betul? Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia (jarang/jarang-jarang) ponteng sekolah. Soalan 6 Yang mana betul? kedua-dua orang ibu bapa/kedua-dua ibu bapa Soalan 7 Adakah imbuhan ter- yang diikuti dengan perkataan sekali boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya atau terdapat sebarang pengecualian? Berikan beberapa contoh perkataan yang menggunakan imbuhan ter- dengan perkataan sekali. Soalan 8 Yang mana betul? Sejak kebelakangan ini/sejak belakangan ini Soalan 9 Yang mana betul? a)Sebagai anak kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita. b)Sebagai anak, mestilah sentiasa kita ikuti nasihat ibu bapa kita.

1. Semakin bermaksud kian bertambah. Jika ditulis semula "semakin bertambah mantap" menjadi "kian bertambah bertambah mantap". Adakah betul?

2. Di kiri dan di kanan jalan. Sekiranya membawa maksud bersama (sekali), ayat "di kiri dan kanan jalan" juga boleh digunakan.

3. Ya.

4. (b) betul. Sejak bermaksud: bermula dari, mulai, dari.

5. jarang:- tidak rapat, renggang, bersela-sela, tidak kedap (tenunannya dll): gigi ~; kain yg ~; 2. tidak lebat, tidak padat: rambut yg ~;

jarang-jarang tidak sering, tidak kerap, tidak selalu, tidak lazim; ~ berlaku tidak sering berlaku; ~ dapat tidak selalu dapat; dia ~ datang dia tidak sering datang; ~ dipakai tidak lazim dipakai;

Pelajar itu terpilih sebagai pelajar cemerlang kerana dia jarang-jarang ponteng sekolah.

6. Kedua-dua ibu bapa.

7. Penanda darjah penghabisan yang terakhir ialah: amat, sungguh dan sangat diikuti oleh kata adjektif kemudian kata penguat biasa sekali. Contohnya, amat besar sekali. Frasa "ter-...  sekali", contohnya, "terpandai sekali" adalah salah kerana terdapat dua penanda darjah penghabisan, iaitu ter- dan sekali. Sila rujuk akhbar sisipan Berita Harian, Klik DBP bil. 53, 22 Oktober 2008.

8. Kedua-duanya betul.

9. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa mendengar nasihat ibu bapa kita.

 

Lain-lain20.12.2008
Salam bahagia, sesetengah pelajar begitu ghairah menggunakan kata 'rentetan' untuk mengungkapkan maksud 'ekoran' atau 'akibat' atau 'gara-gara' dalam penulisan karangan. Sudah berkali-kali saya merujuki Kamus Dewan untuk memastikan penggunaan kata itu betul kerana penggunannya begitu lelluasa sekali. Sebagai contohnya, "Penghidupan nelayan di negara kita terancam rentetan pencemaran laut." Ada pula menggunakan frasa 'rentetan itu' untuk membawa maksud 'sebagai akibatnya'. Contohnya, "Renteran iu, remaja ponteng sekolah dan berpelesiran di kompleks beli-belah." Adakah kata 'rentetan' sesuai dalam konteks kedua-dua kalimat tersebut? Sila berikan penjelasan agar semua pengguna bahasa Melalyu mendapat manfaat daripadanya. Salam hormat, Kay Seven, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Rentetan bermaksud deretan peristiwa atau bunyi. Penggunaan perkataan rentetan hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya. Dalam hal ini guru boleh memainkan peranan untuk membimbing pelajar menggunakan perkataan yang betul berdasarkan konteks ayat.Makna21.12.2016
1 Ada pendatang-pendatang asing yang datangke negara kita menjalankan kegiatan yang melanggar undang-undang negara. pendatang-pendatang asing boleh digandakan selepas ada ? 2 a Banyak kanak-kanak yang bermain di taman itu ditemani oleh ibu bapa mereka. b Banyak orang dating ke pameran buku itu. Banyak boleh digunakan dalam ayat ini atau guna ramai lebih sesuai ? 3 sungguh comel sekali, terhebat sekali , amat bijak sekali ---- boleh menggunakan sama sekali ? 4 Ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak dari segi tatabahasa? a Telah ditempah oleh ibu baju raya. b Pelajar-pelajar ponteng sekolah pada saat-saat begini. c Kamu bertolek ke Tawau pada pukul berapa ? d Keputusaanya bergantung kepada tawaran yang akan dikemukakan. e Masalah ini anda perlu menyelesaikan dengan segera f Makanan yang terhidang tadi pun dikatakan masakan Melayu g Bahagian dapur belum mendinding h Supaya peredaran darah baik, saya selalu makan herba.

1. Penggandaan perkataan pendatang adalah lewah.

2. Perkataan banyak juga boleh digunakan untuk orang.

3. Yang betul ialah sungguh comel sekali dan amat bijak sekali manakala terhebat sekali salah dari segi tatabahasa kerana imbuhan "ter" sudah menunjukkan darjah penghabisan.

4.a. Ayat tidak lengkap

b. Ayat ini betul. c. Ayat ini juga betul

d. Keputusannya bergantung pada tawaran yang akan dikemukakan.

e. Masalah ini perlu anda selesaikan dengan segera.

f. Ayat ini betul.

g. Ayat ini salah dan mengelirukan.

Tatabahasa13.07.2010

Kembali ke atas